MTE dan Kelab Inovator Remaja

MTE atau Malaysia Technology Expo yang berlangsung di PWTC memberi pengalaman amat bermakna. Ia menghimpun ratusan hasil R&D sama ada oleh IPT mahupun istitusi penyelidikan termasuk tiga buah sekolah menengah. Banyak sungguh kajian menarik; kapal terbang, brek lori hinggalah kepada keropok lekur, tepung biji durian, nangka dan cempedak serta pakaian untuk pengidap stroke.

Sayang, program ini kurang mendapat kunjungan khusus daripada orang ramai terutama dalam kalangan pelajar sekolah dan IPT. Terdapat beberapa buah sekolah yang mengadakan lawatan sambil belajar ke KL tapi tidak mengetahui langsung tentang MTE dan kepentingan MTE yang mmapu menyuntik inspirasi buat para pelajar khususnya dalam bidang R&D dan kreativiti.

Seorang calon PhD yang juga jurutera pula mencadangkan kepada saya mengenai penubuhan Kelab Inovator Remaja. Suatu rancangan TV realiti persis American Inventor atau ubahsuai Cabaran BP Malaysia wajar diadakan bagai mengimbangi rancangan TV realiti yang berorientasi hiburan. Barangkali ia mampu membudayakan R&D dalam kalangan rakyat Malaysia yang semakin ’heboh’ kini.

Advertisements

2 thoughts on “MTE dan Kelab Inovator Remaja

  1. saya setuju cikgu…dulu2 ada Cabaran BP tu mmg bagus..
    n dulu2 ade jugak rancangan kanak2/remaja yg berbentuk ilmiha walaupun Joe Jambul atau Pintar Pintas.. tp skrg dah kurang/tiada..
    yang ada semuanya hiburan semata..yg rata2nya disertai bangsa kita.. patutla di syarikat2 besar pekerja semuanya diimport ataupun kaum bukan melayu..

  2. Media tetap boleh disalahkan dalam promosi hiburan berlebihan di samping promosi menyanyi mudah jadi jutawan. Promosi belajar buat R&D boleh jadi jutawan jadi juga amat wajar dipromosi secara hebat. Namun, itulah sebabnya timbul dalam akhbar, R&D banyak tapi tidak dikormesialkan. Di Malaysia, orang bisnes belum benar2 ngam dengan orang R&D. Cara paling singkat, orang R&D buat bisnes sendiri!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s