Kalian benar-benar menginspirasi

Semalam, cadangan agar mengambil ubat cacing bagi mereka yang sering mengantuk disambut dengan tawa. Mereka (batch 07-11 STF) akur bahawa mengantuk antara masalah utama. Selain itu tanpa disedari, suka ngobrol dan sembang juga merupakan masalah utama. Nah, bila timbul masalah, yang penting mesti berusaha selesaikan masalah dan jadikannya sebagai batu loncatan atau peluang yang bermanfaat pula sebagaimana yang diamalkan oleh Nadiah Amirah Jamil, pelajar cemerlang dari Rengit. Saya yakin mereka mampu lakukannya kalau mahu. Matlamat untuk jadi PM wanita pertama Malaysia, berjaya dalam tilawah al-Quran di peringkat tertinggi dan belajar teknologi perubatan di Jepun antara lain sungguh menarik perhatian. Moga kalian berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat (all the best!). Kalian benar-benar menginspirasi.

Advertisements

2 thoughts on “Kalian benar-benar menginspirasi

  1. ngantuk, ngantuk, ngantuk…ada di mana-mana situasi, mana-mana level pun. Pelajar yang tinggal di rumah sendiri ngantuk sebab banyak tonton tv dan main. Pelajar yang tinggal asrama, ngantuknya bertambah-tambah. Kononnya penangan nasi kawah (?). Bila dah masuk U, ngantuk sebab buat assignment berlambak, bila dah keje lak? macam-macam lah…

    Tapi bab Nadiah Amirah sebagai pelajar contoh harus di war-warkan sebagai idola remaja. Malahan kejayaan remaja-remaja lain dalam pelbagai bidang harus juga diheboh-hebohkan melampaui konsert jom heboh-heboh.

    Mungkin ini adalah cara terbaik memotivasikan remaja sekarang!

  2. Benar. Buku tersebut memang benar2 bagus dan wajar dijadikan buat anak2. Ibu bapa mesti beli. Namun ia tak harus berhenti di situ. Buku2 lain seumpamanya wajar ditulis terutama oleh remaja dan belia yang berjaya dalam bidang masing2. Tak semestinya akademik. Kita berbangga dengan belia berjaya sebagai pengusaha bengkel kereta biarpun tak masuk universiti atau penternak belut atau seumpamanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s