Bengkel penulisan tanpa yuran anjuran DBP masih dibuka

TANPA yuran! Inilah suatu peluang yang mesti direbut. Peluang lazimnya hanya sekali dan tak boleh ditangguh-tangguh. Kedua, tarikh akhirnya dilanjutkan dari 15 April ke 23 April. Kalau anda ingin tingkatkan kemahiran menulis, rebutlah peluang ini. Syaratnya, hantar contoh cerpen yang lengkap, sinopsis novel dan contoh skrip drama anda sendiri untuk dinilai dan dipilih sebagai sebagai peserta.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada Program Pembinaan Penulis / Pemupukan Bakat Sastera anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, DBP untuk tahun 2007. Semua lokasi bengkel di Kuala Lumpur. Berikut adalah senarai bengkel beserta tarikh tentatif masing-masing:

 

  1. Bengkel Penulisan Pelbagai Kaum; 4-6 MEI 2007.
  2. Bengkel Penulisan Bakal Pesara; 18-20 MEI 2007.     
  3. Bengkel Penulisan Skrip Drama Adaptasi; 15-17 JUN 2007.   
  4. Bengkel Penghayatan Puitika  Sastera; 13-15 JULAI 2007.     
  5. Bengkel Penulisan Cerpen Penulis Muda; 10-12 OGOS 2007.
  6. Bengkel Penulisan Karyawan DBP; 28-29 OGOS 2007.

 Untuk maklumat lanjut, sila ke portal DBP. Selain di sana, anda boleh muat turun borangnya  di borang-penyertaan-bengkel-dbp-2007.doc.

Advertisements

8 thoughts on “Bengkel penulisan tanpa yuran anjuran DBP masih dibuka

  1. memang wajib hantar contoh karya ke? sebab saya memang fresh dan baru nak mencuba bidang penulisan terutama penulisan kreatif. pengalaman memang tiada walaupun saya bekerja sebagai wartawan laman web.

  2. Itu kehendak penganjur disebabkan komentar terhadap karya/sinopsis adalah suatu proses pembelajaran yang amat penting dalam bidang penulisan dan kreativiti.

  3. apa da… katakan la orang baru nak belajar menulis, camne nak buat karya… cuba la bawa2 mengadakan bengkel pada semua…
    yang x kira siapa mereka.. contohnya orang macam sy yang x tahu apa2, tapi minat nak belajar…
    tapi klu pihak berkenaan sendiri yang bertanggungjawab mewujudkan peluang belajar menulis tapi mengenakan syarat yang mustahil bagi seorang yang langsung x tahu cara menulis yang baik, camne nak hantar karya..!!! ha.. jawab2…
    x leh jawab kan?
    tu la… len kali nak buat bengkel, kaji betul2….

  4. Bengkel itu ternyata ada beberapa tahap dan peringkatnya. Ada yang bermula dengan gear 1 dan ada yang bermula dengan gear 3. Ternyata bengkel seumpama ini untuk yang sudah mula menulis bukan langsung tak tahu apa2. Dalam bengkel penghayatan puitika sastera ternyata wujud beberapa tokoh novelis popular terkenal di tanahair. Bengkel antara lain bertujuan bagi memantapkan gaya penulisan novel di samping menerap falsafah puitika sastera Melayu agar dihayati dalam setiap karya yang dihasilkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s