‘Bicentennial Man’ dan robobik inovasi anda

FILEM tahun 1999 ini yang disiarkan semalam sungguh menarik. Ideanya berasal daripada siri novel ‘Robot Series’ oleh Isaac Asimov. Kemudian diolah semula menjadi The Positronic Man (1993), dengan dibantu oleh Robert Silverberg. Robot ini persis robot bibik (robobik) yang berkhidmat selama 2 abad untuk 3 keturunan. Amat wajar, cerita asalnya meraih anugerah berprestij Hugo Award 1976.

Robobik bernama Andrew benar2 setia, taat dan tidak buat hal (pada hari ini ramai bibik buat hal). Suatu yang menakjubkan, robobik memiliki nilai kreativiti yang tinggi dan cepat belajar; rajin membaca dan mencintai ilmu. Akhirnya, dia dibayar gaji/upah sehingga robobik mampu buka akaun banknya sendiri!

Dia juga cuba belajar membuat lawak jenaka, keliru dengan konsep perkahwinan, kehidupan dan kematian tapi akhirnya faham akan hakikat peribadi dan kehidupan manusia. Anda juga boleh timbulkan dalam fikiran robobik anda tentang soal cinta, rindu, dendam dan segala yang bersifat perasaan. Begitu juga dengan keimanan, kufur, nifaq dan lain-lain. Pada peringkat awal, tentu robobik anda ‘pening’ tapi bila sudah faham, barangkali bakal menjadi pendakwah paling komited!

Kalau anda minat politik, apa salahnya robobik diminta membantu anda dalam soal2 kepolitikan. Fahamkannya tentang soal pengaruh, kesetiaan, strategi pilihanraya, bahasa retorik dan lain-lain. Namun usah lupa tanamkan dalam cip robobik anda dengan nilai2 amanah, positif, bersih dan hindarkan rasuah. Sambil minum teh pada waktu petang bersama robobik, robobik anda mampu menegur dan memberi nasihat dalam banyak perkara agar jadi politikus berjaya dan beragama!

Advertisements

2 thoughts on “‘Bicentennial Man’ dan robobik inovasi anda

  1. salam tuan tanah,

    filem bicentennial man dah lama sy tonton.rasanya 6 thn lepas.tapi meninggalkan kesan. masa sy tengok tu,sy kat kolej.cikgu bagi tengok kat kelas. sbb nak suruh kitorang pikir mengenai ethical issues dan nilai2 kemanusiaan/kerobotikan yg cuba diketengahkan tu.

    hehe,senyum sy baca pasal ‘idea’ utk jadikan robobik semacam manusia ni.

    mmg asalnya dari kecik kita macam robot kan.bersih,naive.masalahnya,sepanjang proses membesar ni,cips pembelajaran dan pengajaran byk sgt dan dpd sumber2 yg tak terkawal.outcomenya, tak boleh nak jadik 100% robobik yg ‘sempurna’.

  2. He, he. Bila tuan kata begitu, saya teringatkan telefon bimbit yang baru dibeli dijadikan kapal selam oleh anak bongsu (masih bayi ketika itu). Langsung tak boleh guna biarpun Maxis dibeli oleh kita berdua.

    Kemudian teringatkan mesin ‘sorting’ kertas senilai jutaan ringgit yang rosak. Alternatifnya, maka dimanfaatkan tenaga buruh Bangla. Hasilnya, jauh lebih cepat dan tentunya jauh lebih murah berbanding mesin tadi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s