Dialog seusai prebiu ESQ Leadership Training

ANAK saya berumur 7 tahun yang sedang hendak tidur hilang ‘ngantuknya dengan persembahan yang cukup merangsang indera. Ini termasuklah sedutan tayangan filem beserta sistem audio yang menggegarkan bangunan Puteri Pan Pacific. Selepas 11 malam, barulah segalanya selesai termasuklah makluman program pertama di Johor pada 25-27 Mei 2007. Yuran termurah, RM700 (untuk berstatus pelajar).

“Ulaslah sikit,” pinta saya kepada tiga orang teman yang turut hadir.

“Ulaslah dulu.”

Saya secara sepontan berkata, “Orang Indonesia dalam beberapa hal jauh lebih hebat. Orang Malaysia sukar buat’training’ di Indonesia.”

“Ada. Siti Nurhaliza popular di Indonesia,” sampuk seorang teman.

“Hmm. Kalau begitu, Amy Search juga diterima oleh orang Indon.” Sambung saya lagi, “Saya teringat kata2 Bapak AA Gym bahawa Indonesia itu ibarat yang sedang dilanda badai. Kapten kapal dikatakan hebat apabila kapal mampu dikemudi dalam badai yang dahsyat.”

Perbualan ringkas diteruskan sehingga minuman dan makanan yang diambil disempurnakan. Masing2 mempunyai persepsi tersendiri. Ada kata ‘artifisial’, ‘kaedah yang hebat’, ‘tak berbaloi’ dan lain-lain. Lihat ulasan menarik oleh Kak Endok.

Advertisements

One thought on “Dialog seusai prebiu ESQ Leadership Training

  1. Agak menarik bila seorang teman bicarakan tentang orang Indonesia yang mendapat pendidikan retorika sejak berada di SD (Sekolah Dasar). Mereka ada keupayaan berbahas dan mengupas sesuatu perkara dengan lebih meyakinkan berbanding produk sistem persekolahan Malaysia?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s