Siapa kata orang Melayu tidak diinspirasi oleh buku Melayu karya Melayu

INILAH yang dicerap sewaktu berkunjung ke sebuah institusi pada minggu lalu. Selepas seorang teman mengatakan mahu belajar menulis selepas pencen, dia menyebutkan sebuah buku Dari kuil ke pangkuan Islam (lihat gambar). Buku tersebut melestarikan kesungguhan dalam perniagaan yang diceburinya, perniagaan yang juga diceburi oleh Puan Dalilah.

            Watak utama buku, Puan Dalilah mengisahkan pengalaman beliau sewaktu tinggal di estet bersama keluarga sebelum diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita Melayu. Kemudian, siapa sangka rezekinya murah diterima bekerja di maktab perguruan manakala pihak keluarga akhirnya dapat menerima Puan Dalilah biarpun berlainan agama.

            Sehingga kini, Puan Dalilah terkenal sebagai dermawan di samping maju dalam perniagaan MLM-nya (Sureco). Siapa sangka, ‘budak estet’ lagi tidak berpendidikan tinggi kini mampu memiliki kereta bermata belalang. Buku ini sepatutnya membuatkan sesetengah pihak berasa malu yang teramat malu.

            Di tempat yang sama, seorang lagi teman mengisahkan bagaimana trilogi ‘jutawan senyap’ telah mempengaruhi minda anak lelakinya. Anaknya enggan sambung pengajian ke peringkat ijazah setelah meraih diploma. “Lama sangat, tiga tahun,” balas sang anak kepada ibunya.

            Si ibu berasa risau dan gusar dengan perkembangan anaknya itu memandangkan anak-anak yang lain berusah sambung pengajian dan berhasrat untuk makan gaji sepertinya. Kalau diteliti jutawan senyap tiada gahnya; berniaga di jalanan, malah rata-rata tiada kad bisnes, tiada kad kredit, tidak bertali leher dan bergaya eksekutif.

            Chef Li penulis trilogi terbitan Al-Ameen ini ternyata telah berjaya menghasilkan ramai jutawan senyap. Sebelum itu pernah menjawat jawatan bertaraf pengurus di sebuah bank dan pernah juga menjual di pasar malam. Biar kecil tapi berhasil, usah besar tapi lekas bubar.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s