Ziarah kematian bukan sekadar untuk yang mati

INILAH sebahagian prinsip bagi ayahanda yang amat menjaga sillaturrahim saudara mara. Pertama, raikan jemputan kahwin. Kedua, lakukan ziarah kematian. Kedua-duanya amat penting dalam hidup berkeluarga dan ada ganjaran murah rezeki. Semalam, setelah mendengar berita kematian Nyai Esah, kami pun berkejar ke Muar. Memang tidak sempat untuk solat jenazah dan saksikan pengebumian. Namun kata ayahanda, tak dapat tengok yang mati, dapat jumpa yang hidup adalah sungguh bermakna. Alhamdulillah kami dapat bertemu semula sanak saudara di Kampung Kelantan; Yai Hasan dan isteri, Umi, Uzair, Aisyah, Ibrahim, Dr. Azhar dll. Segalanya amat menyeronokkan lagi nostalgik. Dalam pada itu, kami tetap bersedih di atas pemergian Nyai Esah yang sebelum ini sudah berkali-kali mahu menemuinya tapi sekadar menemui kegagalan. Kesedihan semakin berganda apabila pemergiannya menyusul setelah pemergian anaknya dua bulan lalu akibat dipukul tanpa usul periksa. Bayangkan, anda dipukul sehingga mati apabila si pemukul tersilap orang!

2 thoughts on “Ziarah kematian bukan sekadar untuk yang mati

  1. pernah sekali teman berkata’
    “buat apa baca talkin untuk si mati, bukankah mereka dah tak boleh mendengar?”

    saya diam seketika, dan jawab,
    “bukankah kita yang hidup masih boleh mendengar?, untuk apa hidup kalau tidak mahu mendengar?”

    adakah jawapan saya betul?

  2. Hmm, memang ada perbezaan pendapat. Yang penting dapat hadirkan diri itu sudah baik. Bukan mudah untuk korbankan masa kerja dsb. Siapa sangka, kematian bukan ada dalam perancangan apa lagi dalam diari organisasi. Kita boleh beri banyak alasan, namun ketika kita dalam bungkusan kapan, saudara dan kawan pun boleh beri lebih banyak alasan.

Tinggalkan Jawapan kepada Bayan Batal balasan