Hore, kita menang! ikon imbauan lebih sedekad lalu

horekitamenang.jpgITULAH kali pertama menulis novel, sewaktu belajar menulis secara sambilan dengan Rozi Hussin (abang Azman Hussin yang terkenal dengan Cerpen-cerpen Underground dan Dongeng Pasca Merdeka – lihat ulasan Dahrie dalam artikel ‘Jangan jadi peminta sedekah‘). Dalam masa yang sama, kemenangan Kitul Mandeliar dalam Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1995 menjadi perangsang, lalu diterbitkan dalam Kasut Hitler. Ia ditulis sewaktu isteri mengandung anak pertama. Novel kanak-kanak dengan 8 watak utama budak-budak kampung Serkam sekitar tahun 1980-an ditolak mentah-mentah oleh penganjur sayembara menulis novel kanak-kanak. Kami pasrah. Ia kemudian dibaiki dan dicadangkan untuk sebuah penerbit. Proposal ditolak. Kemudian cuba lagi untuk penerbit kedua. Gembiranya bukan kepalang. Ilustrasinya cukup halus dan rapi, warna-warni, cantik sekali. Namun, menunggu selama lebih 2 tahun untuk terbit adalah suatu yang amat memeritkan. Akhirnya, ia ditarik kembali dan dicuba cadang untuk penerbit ketiga iaitu PTS. Alhamdulillah, ia terbit sewaktu anak sulung kami kini berusia 12 tahun! Hore, kita menang! cuba mengangkat dan mengabadikan pengalaman anak-anak di kampung tradisional, pengalaman yang semakin sukar untuk dinikmati oleh anak-anak pada hari ini. Ini termasuklah permainan tradisional, main rakit, serunai batang padi dan lain-lain. Prinsip pengembaraan tentunya menjadi rempah ratus dalam karya buat tatapan anak-anak. Budak-budak berlapan turut memberi sumbangan kepada orang kampung dan alam sekitar. Jika anda dibesarkan di kampung, tentu novel ini mampu mengimbau memori indah lalu. Bagi kanak-kanak, kami yakin novel pasti menguja mereka untuk cuba merasai pengalaman unik orang-orang tua mereka sewaktu zaman kanak-kanak.

6 thoughts on “Hore, kita menang! ikon imbauan lebih sedekad lalu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s