Tak ada yang besar tanpa ada yang kecil

MALAM tadi kelas terpaksa dibatalkan akibat tiada elektrik. Nah, tanpa benda kecil elektron yang dialirkan dalam litar tertutup, aktiviti malah kehidupan manusia dapat dipengaruhi dan boleh terjejas. Pada dua bulan lepas, Moscow mengalami masalah bekalan elektrik. Pelbagai masalah timbul – tiada lampu isyarat elektrik, keretapi bawah tanah tergendala dll. Itu belum masuk segolongan manusia yang boleh rugi berjuta-juta ringgit atau langsung mati tanpa gerakan ‘benda kecil’ itu. Tanpa elektron, takkan wujud elektrik, tanpa elektrik takkan wujud elektromagnet, tanpa elektromagnet takkan wujud elektronik, tanpa elektronik takkan wujud blog ini dan sekalian ‘penagih internet’ akan sengsara! Perkembangan teknologi nano kini menjadikan manusia semakin bergantung kepada ‘benda-benda kecil’. Teknologi ini malah dikatakan dapat selesaikan beberapa isu dan masalah besar yang dihadapi manusia kini termasuklah masalah pencemaran alam sekitar dan kepanasan global. Baca artikel bertemakan tiny particles, big issues.

Advertisements

4 thoughts on “Tak ada yang besar tanpa ada yang kecil

  1. bila tahap kebergantungan kita berlebih-lebih inilah kesannya. teringat kat emak di kampung yang masih rela menumbuk cili kering menggunakan lesung batu dan membasuh pakaian menggunakan tangan. Cili kering ditumbuk-katanya lebih sedap berbanding yang dikisar.Dan baju yang dicuci tangan lebih terjamin fabriknya dari diputar dalam mesin.

    *mesin pengisar rosak. maka tak merasalah lauk asam pedas ikan pari atau sambal udang kerana malas nak menumbuk!

  2. Sebab itu ada orang kata sedapnya sesuatu makanan itu akibat air tangan. Namun, ia tak harus jadi alasan untuk pasarkan makanan di peringkat global sebab tangan manusia hanya dua dan takkan air tangan menjadi penentu kepada segala-galanya.

  3. Gelabah satu dunia apabila burung-burung, unggas-unggas lainnya selsema (aaa…choom! macam tu ke?). Apa puncanya?
    Baru-baru inipun Pak Menteri Ulung sebuah negeri lama marah yang bersangatan apabila rakan Menteri Hal-Ehwal Kesihatan (atau Ketidaksihatan?) apabila nama suatu penyebab kegeringan dinamai sempena nama negeri beliau. Apa puncanya? … tidak bukan dan tidak lain tentunya makhluk geometrik bukan hidup peringkat molekul yang dinamai virus. SARS, Nipah, JE, H5N1, HIV … ada bunyi loceng (terjemahan literal lagi…)?

  4. Benar, virus satu lagi contoh popular bahawa benda kecil mampu bei dampak yang besar kepada manusia dan dunia sejagat. Yang lebih menghairankan, virus dianggap antara benda hidup dan bukan hidup. Ia hanya hidup apabila berada dalam sel hidup. Nah, saya terfikir virus yang semakin ‘mutant’ sukar dicari vaksin dan hanya menyerang manusia2 penderhaka!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s