SEMALAM, seusai memberi ceramah keibubapaan, salah seorang penganjur berkata, “boleh minta sedut?” Saya membalas secara spontan, “sedut?” Terfikir dalam kepala, apakah kesalahan yang dilakukan dalam ceramah tadi? Pastinya ia tiada kena mengena dengan siput sedut! Rupa-rupanya dia mahu salin bahan pembentangan ceramah saya….
Advertisements
sedut? ermm, itu dialek atau slanga? atau penggunaan istilah tertentu mengikut kenegerian? mungkin cikgu boleh adakan satu kategori baru dalam blog ini yang menyenaraikan perkataan2, istilah atau bahasa2 yang begini.
Ia kadang2 disebut jargon. Hanya difahami oleh kelompok tertentu. Dalam satu entri blog sebelum ini pernah saya sebut tentang ‘osim’. Contoh ayat: Dia gemar osim pensyarah supaya dapat markah A. Setahu saya Osim ialah jenama kerusi pengurut. Kadi barangkali, osim = mengurut, membodek.