Stan Lee warga berusia emas yang ghairah cipta watak hero fiksyen sains

1922 (28 Disember)
Stan Lee dilahirkan di New York. Ibu bapa: imigran Yahudi dari Romania. Banyak dipengaruhi oleh guru, Mr. Ginsberg. Kata beliau: “Mr. Ginsberg taught me a really great lesson, and it’s one I’ve tried to follow all my life: Whenever I want to communicate to others, I always try to do it in a lighter-hearted way and make it as entertaining as possible.”

1929
Sewaktu zaman ekonomi meleset (1929-1930-an), beliau ikut keluarga berpindah ke sebuah pangsapuri kecil.

1939
Tamat sekolah tinggi ketika berumur 16 tahun.

1940
– Bertugas sebagai pembantu di Timely Publications.
– Terlibat secara tak langsung dengan watak Captain Amerika. Beliat tidak cipta watak tersebut, namun beliau yang beri cadangan warna kostum merah, putih dan biru di samping menulis beberapa cerita mengenainya.

1941
Kali pertama menggunakan nama Stan Lee, merujuk kepada Stanley – “because I felt someday I’d be writing the Great American Novel and I didn’t want to use my real name on these silly little comics.”

1942
Bertugas sebagai tentera AS selama kurang setahun.

Selepas 1955
Era komik merudum. Stan Lee bertugas di bahagian pengurusan di samping menulis kisah monster, Tales to Astonish di samping menulis kisah cinta dan komik Barat.

1961 (November)
Terbit The Fantastic Four #1. Stan Lee hasilkan dialog, Jack Kirby lukis watak.

1963
Menghasilkan The Amazing Spider-Man dalam buku komik Marvel. Stan Lee hasilkan dialog, Steve Ditko lukis watak. Cerita Spider-Man mendapat liputan media disebabkan ada mesej bahaya salah guna dadah oleh watak Harry Osborne, sahabat Peter Parker.

1968
Martin Goodman jual Marvel’s Comic kepada Perfect Film and Chemical Corp. (dikenali sebagai Cadence Industries).

1970
X-Men dihentikan ekoran daripada konflik antara Lee dan Goodman. Lee bagaimanapun meneruskan kerjaya menulis untuk komik2 Marvel yang lain.

1972
Cadence Industries melantik Stan Lee sebagai penerbit. Perubahan kerjaya buat Lee, daripada penulis dan editor kepada penerbit dan pegawai pemasaran. Dia kawal setiap produk Marvel dengan setiap keluaran tertera perkataan ‘Stan Lee Presents’.

1978
Selepas filem Superman diterbitkan, Lee berusaha melayarkan watak2 komik Marvel.

1980-an
Filem-filem kartun berjaya diterbitkan: Spider-Man and His Amazing Friends, G.I.Joe dan Muppet Babies. Filem-filem Howard the Duck, The Punisher dan Captain America bagaimanapun gagal mendapat box-office.

1994
Lee tandatangan kontrak seumur hidup sebagai promoter dengan Marvel Comics.

1996
Marvel diisytiharkan bankrup. Syarikat mahu nafikan kontrak Lee. Lee bawa kes ke mahkamah dan Marvel menang kes. Kontrak baru bagaimanapun dibuat.

1998
– Kontrak sebagai pengerusi emeritus kepada Marvel Enterteinment dengan pendapatan tahunan menghampiri USD 1 juta. Lee berhak dapat 10% daripada keuntungan syarikat daripada filem dan TV.
– Filem watak Blade berjaya dapat sambutan.

2000
– Akhirnya, filem X-Men mendapat box-office.
– Laman web StanLee.net dibina.
– Stan Lee Media ditubuhkan. Bagaimanapun, bisnet Internet yang memuncak pada 1990-an menjunam pada 2000. Lee lalu tubuh POW! Entertainment yang jana filem dan rancangan TV bukan berkonsepkan Marvel.

2002
Spider-Man dapat blockbuster. Lee selaku penerbit eksekutif memastikan filem merujuk kepada komik asal. Filem2 lain menyusul; Dare-devil, X-2: X-Men United, The Incredible Hulk, Spider-Man 2 dan The Fantastic Four.

“I’m aware that there’s got to be time when I’m not going to be able to do this,” katanya. “But I hope that time si far off, because I’m really enjoying what I’m doing. Somewhere inside of this old body, there’s a young guy trapped, trying to get out.”

Bibliografi
Raymond H. Miller (2006). Stan Lee: Creator of Spider-Man. Michigan (?): Thomson Gale.

Advertisements

3 thoughts on “Stan Lee warga berusia emas yang ghairah cipta watak hero fiksyen sains

  1. Menarike entri kali ini. Saya terbaca dalam sebuah artikel surat khabar mana, bahawa perkembangan Marvel Comics dalam perfileman mutakhir ini banyak bersangkut paut dengan Avi Arad (seorang keturunan Yahudi) yang menjadi penerbit eksekutif Marvel (kini dengarnya sudah diberhentikan). Beliaulah yang memujuk pihak atas Marvel supaya filem Spider-man dan X-men dibikin (selepas kejayaan Blade) di bawah pengarah2 filem terkenal untuk melawan DC Comics (Batman, Superman).

  2. Pingback: Penulisan fiksyen sains 2 « Idea menulis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s