Benarkah kalau tak masuk universiti, lelaki harus kerja di dapur?

INI antara isu hangat terkini. Peratus lelaki ke universiti sungguh kecil sehingga 20% sahaja di salah sebuah universiti. Malah diramalkan, lebih ramai lelaki akan kerja di dapur berbanding isteri berjawatan tinggi. Bagaimanapun saya terfikir begini, benarkan kalau tak masuk universiti, lelaki harus kerja di dapur? Seorang pembimbing usahawan memberitahu saya, rata2 usahawan berjaya di Malaysia tidak masuk universiti. Mereka bersungguh2 mengusahakan perniagaan biarpun bertahun2 tanpa pulangan selesa sedangkan usahawan bersijil cepat putus asa dan menyerah kalah lalu berhenti dan makan gaji.

Advertisements

4 thoughts on “Benarkah kalau tak masuk universiti, lelaki harus kerja di dapur?

  1. Saya juga bersetuju dengan saudara. Perlu juga kajian terperinci tentang fenomena yang berlaku kebelakangan ini. Cuma saya berpandangan alangkah baik dan cantiknya jika dan hanya lebih ramai lelaki ke universiti mengimbangi pelajar siswi. Menambah nilai intelek dan berjaya sebagai seorang usahawan.

    Kesan juga tetap berlaku daripada segi pembuat dasar/polisi dalam organisasi jika siswi lebih ramai di universiti. Mereka akan keluar menjawat jawatan utama dalam badan kerajaan menentukan dasar negara. Bukan maksudnya ketidak bolehan mereka membuat dasar tetapi sedikit sebanyak akan ada perubahannya dasar.

    Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sektor penjawat awam malah swasta. Peranan lelaki sebagai pemimpin juga akan berkurang dalam organisasi. Ini berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia, kebanyakannya Pengetua adalah wanita.

    Sekadar cadangan, mari sama-sama memberi galakan dan buka minda adik-adik lelaki untuk menjejakkan kaki ke universiti…

  2. Saya setuju kalau mahu banyakkan usahawan intelek. Bisnesnya berkisar harta intelek – rahsia perdagangan, hak cipta, paten dan lain2. Tentunya ia berkaitan teknologi. Teknologi yang dicipta dan dipegang.

  3. Budak lelaki laa ni tak suka belajar. Ramai kengkawan aku yg cikgu di sek rendah dan sek menengah harian beri komen yang sama. Budak lelaki laa ni suka bermain-main.. tak serius dan lebih mementingkan isu lain ketika bersekolah seperti hal bola inter-school, aweks, game, merempit dgn motor atau basikal dan lain-lain aktiviti yang ada ciri ‘bersuka-sukaan’.. itulah matlamat budak lelaki ke sekolah hari ini.

    Seorang rakan aku yang menjadi guru tingkatan sebuah kelas terbaik terpaksa mengimport sekor dua budak lelaki dari kelas lain kerana kelas terbaik ini semua perempuan.. abis tu camno..? err.. jangan laa compare dgn budak lelaki di MCKK atau MRSM.. itu species lain.

    Hari ini, seorang lagi perempuan di lantik menjadi Naib Canselor di UPSI.. drebarnya pasti seorang lelaki. Syabas lelaki.. teruskan kareer merempit mu. Viva Mat Rempit!

  4. Nampak gaya, oghang lelaki macam kita kena berkempen untuk anak2 jantan lebih kuat dan tekun studi. Setakat ni belum nampak program khusus untuknya, yang ada adalah mengubah peraturan permainan (rules of the game) serupa macam servis S dalam badminton dilarang pada suatu masa dulu atau syarat melambung bola sewaktu servis dalam ping pong. Maka, si lelaki pun meminta agar dibuat polisi sekian peratus hendaklah dikhaskan buat spesis lelaki.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s