Takziah dan dunia ruh IQ

BUAT seluruh waris Wak Saim, salam takziah. Moga ruhnya dalam keampunan dan rahmat Allah. Sebetulnya saya dapat khabar ninda isteri yang nazak. Siapa sangka ninda berumur 90-an itu kembali segar bugar dan dirikan solat Jumaat dengan qiyam! Siapa sangka orang lain pula yang meninggal dunia, Wak Saim (bapa saudara saya), umur sekitar 70-an. Saya tak sempat solat jenazah. Di kubur, orang kampung semuanya sudah tidak ada. Saya teringatkan Ruh mahakarya Ibn Qayyim al-Jauzi (IQ) yang hanya saya mula baca setelah 17 tahun diterjemah dalam bahasa bahasa Melayu (rasa naif). Dinyatakan bahawa si mati mengenali orang yang datang ziarah malah menjawab salam yang diberikan kepadanya. Maka itulah antara yang saya lakukan di sisi kubur yang sedikit gembur itu. Hati saya sungguh tersentuh apabila mendapat khabar bahawa dia menghembuskan nafas terakhir seusai sahaja mengambil wuduk.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s