Selamat pengantin baru Pakcik Hasan Kwek dan isteri!

hasan-kwek-nikah.jpgWOW! Inilah kali pertama masuk ke dalam bilik nikah di bangunan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Lebih satu setengah jam saya di situ bagi menemankan Pakcik Hasan Kwek dan Akak Mintan untuk diijabkabul. Bilik nikah lebih kurang seluas bilik darjah di sekolah. Ia dihampari permaidani dan ada set pelamin beserta lampu kelap kelip!

Pada pagi itu (Rabu, 10 September), saya saksikan empat pasangan diijabkabul termasuk seorang anak perempuan berumur 15 tahun. Isteri Pakcik Hasan Kwek berwalikan hakim iaitu Tn. Hj. Mohd. Nooh (bukan Dato’ Noh Gadut). Alhamdulillah mereka berdua selamat dijabkabul.

Pengislaman Pakcik Hasan Kwek (berwarganegara Singapura) sebelum ini diuruskan oleh pihak Darul Ukhuwwah Taman Universiti dan (Ray of Serenity) ROSE JIM Johor. Dia sebelum ini pernah berkahwin. Anak sulungnya sudahpun berumur 48 tahun. Kini, mengusahakan sebuah restoran di Mutiara Rini dengan nama ‘Restoran 918’. Antara menu istimewanya termasuklah nasi ayam.

Pakcik Hasan Kwek secara rasminya mengangkat syahadatain di Darul Arqam (Muslim Association of Singapore) dan di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, JB.

* Gambar dengan ihsan Kamal Khalil.

Advertisements

2 thoughts on “Selamat pengantin baru Pakcik Hasan Kwek dan isteri!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s