Paling gemar dan paling laris

BUKU ini baru sahaja masuk ke dalam Perpustakaan Sultanah Zanariah pada tahun ini biarpun ia telah diterbitkan sejak tahun 2004. Bacaan Kegemaran Rakyat Malaysia terbitan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) wajar dibaca oleh penulis sepenuh masa dan separuh masa. Ia merupakan himpunan 120 ulasan buku dalam kalangan pembaca di PNM, dari tahun 2000-2003. Gemar bukan bererti laris. Namun, kebanyakan buku merupakan buku terlaris sama ada di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.

Ada buku fiksyen seperti Anugerah oleh Zaharah Nawawi dengan watak-watak seperti Cikgu Mariam dan Cikgu Ramlah di samping buku kanak-kanak All Fall Down oleh Brian Wildsmith yang digunakan sebagai bahan bercerita kepada kanak-kanak di PNM. Ada juga buku bukan fiksyen seperti Giant Steps oleh Anthony Robbins. Saya juga dapat mengetahui salah seorang nama penulis terlaris Malaysia (Noor Aini Datuk Abdullah) yang pernah muncul dengan karya-karya terlaris Wanita Yang Dikagumi (1981) dan Malaysian Customs and Etiquette: A Practical Handbooks (1991).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s