Misteri sebuah idea

MASIH banyak projek buku yang hendak ditukangi. Salah satunya adalah berkenaan kreativiti dalam Islam. Saya bertambah musykil bagaimana sesuatu idea kreatif dapat diketahui sama ada datang daripada sumber yang baik atau jahat? Apakah kaedah pengenalannya?
Apakah pula teknik penghasilan idea yang langsung tiada campur tangan syaitan?

Karya Abu al-Fida’ Ibn Kathir yang banyak merujuk karya Ibn Ishaq antara lain menjadi punca kepada pelbagai persoalan tersebut. Seusai hujan berhenti (lihat gambaran hujan dan Perang Badar dalam al-Anfal), al-Habbab ibn Munzir ibn al-Jamuh telah mengemukakan sebuah idea mengenai lokasi khemah tentera muslimin dalam konteks strategi peperangan. Idea tersebut serta-merta telah disahkan oleh Jibril bahawa ia bukanlah berasal daripada syaitan. Oleh yang demikian, Nabi serta merta menerima idea tersebut. Nah, bagaimana pula dengan kita mahu menilai status sesebuah idea selepas melepasi penilaian zahir iaitu tidak bercanggah dengan syarak?

Advertisements

One thought on “Misteri sebuah idea

  1. Kreativiti dalam Islam? Soalannya bukan “bagaimana pula dengan kita mahu menilai status sesebuah idea selepas melepasi penilaian zahir iaitu tidak bercanggah dengan syarak?”

    Pertanyaan ini sendiri tidak kreatif kerana ia mengekang pemikir di pinggir batas hukum.

    Kreativiti seharusnya disuburkan dalam ruang yang sedia ada, yang mubah dan yang tidak ditegah secara NYATA.

    Kreativiti, bukan sahaja berbeza daripada kelaziman, juga mengungkapkan sesuatu yang berbeza daripada persoalan lama. Inovasi?

    Agama memang membataskan. Jadi kreativiti itu terbatas. Yang tidak terbatas, akal dan khayalannya.

    Biarkan fikiran menerawang jauh! Berkhayal itu satu langkah menjadi kreatif tetapi orang agama (sebilangannya) berasa terancam dengan khayalan.

    “Imaginasi haruslah diperangi” seolah-olah itulah slogan mereka …

    Bacaan panjang di sini: http://patahbalek.blogspot.com/2006/09/bahasa-wacana-dan-kuasa.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s