Syarat jadi penulis menurut Cikgu Jeniri Amir

DESARU menjadi destinasi kami minggu lepas seusai pulang dari Port Dickson. Saya dan isteri diberi peluang menyertai Bengkel Penulisan dan Perolehan Manuskrip DBP Wilayah Selatan. Terima kasih Puan Azura dan seluruh warga kerja!

Syarat jadi penulis menurut Cikgudsc00417.jpg Jeniri Amir rata-rata tidak dipenuhi oleh para peserta yang datang dari UTM, MAIJ, JAJ, KYM, KIJ dan lain-lain. Penulis mesti baca akhbar pada setiap hari, minimum 5 majalah setiap bulan, minimum 1 buku setiap minggu di samping mengunjungi kedai buku sekali seminggu.

Gambar: Cikgu Jeniri, saya dan isteri.

Advertisements

13 thoughts on “Syarat jadi penulis menurut Cikgu Jeniri Amir

  1. Saya setuju tapi ini bermakna penulis harus mempunyai banyak duit nak beli majalah, buku dan kunjungi kedai buku. Penulis harus cari duit dengan menulis, duit menulis boleh diguna untuk modal menulis semula.

    Saya kira syarat itu harus ditambah “mengunjungi pustaka” kerana di situ banyak bahan-bahan percuma boleh dipinjam atau dibaca khususnya bagi penulis baru yang masih “pokai”.

  2. Satu cara lagi, sertai korban anjuran Ameen. Ada hadiah beberapa buah buku termasuk karya Faisal Tehrani dan Aie. Percuma! Amat sesuai untuk penulis yang belum dapat WANG BESAR.

  3. Salam,
    Pada saya membaca merupakan salah satu cara untuk ‘mencari’ idea menulis. Terdapat cara-cara lain yang secara ‘common sense’ boleh dilakukan oleh si ‘pokai’ yang baru nak menulis seperti berbincang, menemu ramah dah sebagainya. Jika nak cepat & jimat boleh juga pinjam dari rakan yang mempunyai bahan-bahan untuk dibaca seperti majalah, buku dan sebagainya.
    Wassalam.
    shamsul/sg buloh

  4. Shamsul. Yang bahayanya, bila pinjam susah nak pulangkan balik!

    Tadi saya pinjam 12 buah buku di perpustakaan dengan gunakan kad ahli akademik. Beruntung betul ahli akademik, boleh pinjam banyak, boleh pinjam lama.

  5. Mahu Terbitkan Buku di Malaysia.

    Anda kena cari penerbit yang bersesuaian dengan buku yang anda karyakan itu. Di Malaysia banyak penerbit buku seperti PTSpublishing, Utusan Publishing dan mungkin juga kalau Mulyana seorang novelis, boleh cuba menerbit dengan KRU ataupun Alaf 21.

    Mulyana pasti seorang penulis Indonesia yang berbakat.

    Admin
    Faruqi.Jeniri
    http://www.jeniriamir.com
    “Tip Harian Untuk Anda Menjadi Penulis Buku Yang Menulis Buku Dapat Wang Besar”

  6. Saya Sulaiman Bin Kilo @ Saripudin Kadir seorang Wartawan Mingguan ERABARU di Sabah dan Labuan. Salam Persahabatan dan Perkenalan buat saudara,Saya banyak menulis berita secara bebas
    dengan menghantar ke beberapa Suratkhabar tempatan dan kebangsaan,tetapi saya ingin menulis di suratkhabar Sarawak dan bagaimana caranya,diharapkan tuan dapat membantu saya.Kita pernah jumpa sewaktu diSandakan sempena Konvenyen Nusantara pada tahun 2006 anjuran DBP Sabah.Untuk pengetahuan tuan saya juga pengasas suratkhabar SINARHARIAN diSabah/Labuan.

    Sekian.

    • Saudara Sulaiman,
      Saya tidak pernah mendengar maupun menemui akhbar mingguan Erabaru di Sabah maupun di Labuan. Boleh ceritakan sedikit mengenai akhbar ini? Begitu juga sehingga kini, akhbar Sinar Harian edisi Sabah belum lagi bertapak di Sabah/Labuan. Sebagai pengasas, boleh komen tentang perkara ini?

  7. Sdra Sulaiman. Maaf, mungkin tersilap orang. Saya ke Sandakan pun tak pernah sampai melainkan ke Kota Kinabalu.

    Latar belakang saudara cukup meyakinkan. Di samping tulisan yang enak dibaca, tiada sebab pihak media termasuk Utusan Sarawak untuk tidak menerimanya.

    Salam penulisan, salam persahabatan!

  8. Terima kasih kerana membawa saya ke sini.
    Betul, membaca adalah antara sumber penulisan. Memang hobi dan banyakpun buku di perpustakaan ini. Cuma tidak konsisten membaca dek dikejar pelbagai komitmen dan tugasan. Apapun, nasihat cikgu Jeniri jadi ‘peringatan’ buat saya untuk mendisiplinkan diri kembali dalam membaca.
    TQ for sharing.

  9. Salam w.b.t

    ..dengan cara2 tu dapat mmbantu penulis2 baru…nak tnya,bagaimna nak dapat sumber publish yang baik?mcm penulis faisal tehrani dan kebnyakannya yang lain mereka melariskan penjualan buku mereka dengan sendiri,internet…boleh bagi pendapat…syukran…
    W’salam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s