Mengambil inspirasi Try not to cry

SEWAKTU badan letih. Mood sering londeh. Klip video Try not to cry saya mainkan. Wajah demi wajah anak-anak yang telah dan sedang melakukan kerja lebih daripada sepatutnya, melampau usia menerpa di skrin bersama format flv. Mereka tak kenal badan yang letih dan mood yang londeh. Masa depan antara hidup dan mati. Mereka pejuang sebenar biarpun masih bergelar kanak-kanak, biarpun sekadar melontar batu melawan muntah peluru sebagaimana Daud a.s. melawan Jalut, simbol penguasa zalim megalomania. Bullets may kill, bones may break. Still I throw stones like David before me… Catatan 1: Ikut Cikgu Jeniri, mood tak sepatutnya mempengaruhi penulisan. Catatan 2: Israel bebaskan ratusan rakyat Palestin habis heboh sekampung, seplanet dan segalaksi (sedangkan ada lebih 11 ribu orang Palestin dalam penjara Israel) – tugas saudara masih banyak untuk bebaskan bumi ini daripada Taghut, nah apa2 sibuk dengan alasan mood? Gambar hiasan: Air dalam satu keadaan tidak dapat menembusi tingkap kaca, bagaimanapun dalam keadaan tertentu mampu menembusi dinding konkrit yang tebal!

dscn1673.jpg

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s