Kabaah bangunan paling hebat di dunia

SEKIRANYA anda ke Mekah, anda akan berpeluang menyaksikan dan tawaf mengelilingi bangunan paling hebat di dunia. Piramid sebagai contoh sering disebut-sebut sebagai antara bangunan terhebat dunia sehingga manusia lupakan kezaliman pembina piramid, Firaun yang pernah menzalimi nabi Musa dan Firaun yang pernah mengaku Tuhan.

            Selain itu, betapa ramai manusia yang kagumkan bangunan tertinggi di dunia Taipei 101, bangunan romantis Menara Eifiel, tinggalan peradaban Hindu Candi Borobudur, menara berkembar Petronas dan sebagainya sedangkan Kaabah jauh lebih gah, lebih menyerlah.

            Kaabah setiap tahun ditawaf oleh lebih 10 juta manusia dari seluruh pelosok dunia tanpa henti siang dan malam. Ia juga merupakan tumpuan kiblat buat lebih 1.5 bilion umat Islam sedunia. Ia pernah ingin dimusnahkan oleh Abrahah dan tentera bergajah, bagaimanapun semua tentera bergajah mengalami padah, mati akibat serangan sekumpulan burung di angkasa.

            Setiap orang Islam hendaklah berazam dengan sungguh-sungguh sejak baligh lagi untuk mengunjungi Masjdil Haram tempat terletaknya bangunan tertua, Kaabah. Allah sebut dalam al-Quran bahawa Mekah dianggap sebagai tempat paling mulia di dunia disebabkan oleh kewujudan Kaabah dan Masjdil Haram. Berikut adalah antara keutamaan Kaabah:

           Tempat dan pusat umat Islam mengerjakan haji iaitu tempat yang Allah wajibkan mengunjunginya bagi yang berkemampuan.

           Tempat yang semua orang Islam merendahkan diri, khusyuk dan meninggalkan segala pakaian dan perhiasan dunia.

           Tempat yang Allah jadikan tanah suci dan tidak ada pertumpahan darah.

           Tempat yang rasa aman, tenteram bila masuk ke dalamnya.

           Tempat yang dimaksudkan untuk menghapuskan dosa.

           Tempat Allah syariatkan manusia (untuk tawaf di Kaabah).

           Tempat yang menjadi Qiblat seluruh orang Islam mengerjakan solat.

           Tiada tempat di dunia ini wujudnya Hajarul Aswad (Batu Hitam).

           Tempat yang digandakan pahalanya beribadah di Masjidil Haram sehingga 100,000 kali ganda dari tempat lain. Sehubungan itu, Allah s.w.t. akan memberi balasan azab berlipat kali ganda kepada mereka yang berbuat maksiat di Makkah.

           Tempat yang dilarang oleh Allah menghadap atau membelakangkan (Kaabah) sewaktu qada’ hajat (buang air kecil atau besar).

           Terdapat beberapa tempat yang mustajab berdoa seperti di Multazam (antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah), di Hijr Ismail dan di depan Kaabah itu sendiri. Berdoa dengan yakin, Insya-Allah dimakbulkan Allah.

           Bangunan yang takkan dimusnahkan walaupun oleh Dajjal sebelum hari kiamat. Kaabah bangunan yang dipelihara oleh Allah.

 Catatan: Petikan daripada buku ‘Cerita-cerita Motivasi untu Haji dan Umrah’ oleh Khair Abd. Salam dan Zulkifli Khair.

2 thoughts on “Kabaah bangunan paling hebat di dunia

  1. Salam,
    Kali pertama saya menatap Kaabah secaa ‘live’, airmata saya mengalir membasahi pipi. Allahu Akbar wa lillLhilhamd.
    Wassalam.
    shamsul/sg buloh

  2. Shamsul, terima kasih kerana datang bertandang. Itulah masalahnya kita. Bila jauh dari masjid terasa jauh pula dari Tuhan. Moga berterusan memberi kekuatan agar hidayah yang diberi, dijaga dan dibaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s