WAH! Ini hanya percubaan untuk bicarakan soal dorongan, sifat dan tingkahlaku. Maaf, saya bukan mahu burukkan sesiapa – secara kebetulan kisah Dr Chua muncul di muka utama akhbar untuk beberapa hari. Ada beberapa persoalan yang boleh disifatkan menarik: Benarkah menteri bukan Melayu Islam lebih bertanggungjawab (letak jawatan) berbanding menteri bukan Melayu, bukan Islam? Benarkah dorongan lelaki veteran terhadap wanita bukan berasaskan seks?
Seorang pekedai memberitahu kepada saya, “biasalah, lelaki. Kalau perempuan itu bawah umur, itu salah!” Ini pula babitkan persoalan nilai, baik buruk. Islam tentunya mempunyai nilai baik buruk tersendiri.
Seorang doktor pakar memberitahu saya tentang pandangan peribadinya bahawa menteri kesihatan tersebut umumnya lebih baik daripada menteri kesihatan sebelumnya. Ini membawa kepada persoalan-persoalan: Orang yang lebih baik dan bertanggungjawab kurang disenangi dalam masyarakat pada hari ini? Bukankah manusia itu lebih mudah lihat keburukan orang lain berbanding dirinya?
Akhir sekali: Tidakkah Dr Chua itu kurang bernasib baik berbanding orang lain yang tiada bukti yang terang lagi bersuluh?
Gambar hiasan: Amat malanglah jika pemimpin Muslim lebih takutkan kamera CCTV berbanding kamera Tuhan sewaktu berada dalam bilik hotel.