Peringatan buat pemimpin dan bakal pemimpin

BERIKUT merupakan petikan daripada sebuah rencana dalam BH hari ini, 16 Februari 2008. Selamat isi borang pencalonan pada 24 hb. ini dan selamat mengundi pada 8 hb. akan datang.

Apa yang berlaku di akhirat kelak ialah betapa ramainya manusia yang menyesal lantaran pemimpin diikuti tidak mampu mempertanggungjawabkan kepemimpinannya di hadapan Allah SWT. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu cuba berdolak dalih melepaskan diri mereka daripada belenggu berada di bawah pimpinan mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Iaitu) ketika ketua yang menjadi ikutan itu melepaskan diri daripada orang yang mengikutinya sedangkan kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa dan ketika terputusnya segala hubungan antara mereka, dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang yang menjadi pengikutnya: Alangkah eloknya kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami melepaskan diri daripada mereka sebagaimana mereka melepaskan diri daripada kami (pada saat ini). Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amalan mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak dapat keluar dari neraka.” (Surah al-Baqarah, ayat 166 – 167)

Mengenai kepemimpinan ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Betapa tingginya kedudukan seorang pemimpin dalam Islam dan betapa beratnya tanggungjawab yang terpikul di bahu setiap Muslim kerana setiap tanggungjawab serta amanah itu akan disoal dan ditanya Allah SWT pada persidangan Mahsyar pada hari akhirat kelak.

Kualiti dan mutu pemimpin amat berkait rapat dengan kualiti dan mutu masyarakatnya. Dengan yang demikian, umat Islam wajar memerhatikan kebolehan, keilmuan, pengalaman dan keperibadian bakal pemimpin supaya tidak terbawa ke arah kehancuran.

photo-6.jpg

Gambar hiasan: Pemimpin yang baik antara lain memiliki pandangan yang tajam, yang jauh tapi tidak menakutkan.

Advertisements

5 thoughts on “Peringatan buat pemimpin dan bakal pemimpin

  1. Aku rasa la Syeikh, sekarang ini ( detik aku luahkan rasa ini ), mereka sedang berebut; bukan berebut hendak berbakti terhadap orang yang telah memilih mereka ( kerana orang yang memilih ini sentiasa dilupakan – seperti kata orang tuha-tuha – dipanggil kami datang belum disuruh sudah pergi! – ces! hinanya orang yang memilih ) duduk di atas kerusi empuk, sebaliknya sedang mengampu agar mereka terus dicalon! Hipokrit! Apa yang mereka beri kepada orang yang memilih mereka yang tinggal dikampung? Cukupkah 5 tahun sekali, muncul sambil senyum terpaksa, lalu bersalam tangan orang kampung yang bersalut getah sekerap, lumpur sawah, bau hamis kambing, lembu dan kerbau. Ketika itu mereka tidak dijijik. Aku mereka adalah antara hamba Allah yang bakal ditanya terlebih dahulu di Padang Mahsyar berbanding orang kampung yang jujur dan ikhlas memlih mereka. Salam.

  2. syeikh… org kampung juga yang rela – lihatlah, siapa yang beri mereka kemenangan hanya dengan sekeping duit RM50, sehelai kain batik/pelekat?

    Ingatlah, sebagaimana kamu sebegitulah pemimpin yang dikurniakan keatasmu…

  3. Terasa tua pula bila 2 sasterawan Cikgu Amer dan Sdra Kholid panggil syeikh. Pun begitu, saya terasa sungguh tua untuk terus beri nasihat kepada anak2 murid sama ada yang veteran, suri rumah, pekerja, siswa universiti, dan pelajar sekolah agar bila jadi pemimpin mesti tunaikan tanggungjawab kerana ia akan dihisab. Usah jadi pemimpin korup dan megalomania!

  4. Salam,
    manusia ada yang pandai berkata-kata tapi tak pandai melaksana. Media massa ramai yg begini agaknya.

    Baru berpeluang singgah ke laman abg zul.
    ada masa singgah ke “rumah” kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s