1000 dalam 1

ANDA barangkali biasa mendengar 1 dalam 1000. Kali ini saya menetapkan misi 1000 dalam 1 iaitu 1000 perkataan dalam 1 hari. Sejak kebelakangan ini, saya sering beralasan, terencat dalam menukangi beberapa projek buku. Sebabnya sibuk mengendalikan sebuah subjek baru, SHY 1083 di sebuah universiti; membangunkannya daripada sifar, daripada huruf alif.

Nah kini semester hampir berakhir. Alasan berkaitan tidak harus timbul lagi, sebaliknya harus tenggelam dalam kerakusan untuk menampung semula masa dan tenaga dalam menyambung beberapa projek buku yang sedia ada di samping memulakan beberapa projek buku baru. Saya terus berpegang kepada pandangan Cikgu Jeniri Amir bahawa tuah penulis nampak di buku.

Misi 1000 dalam 1 tentunya adalah suatu yang ‘kacang’ bagi sesetengah penulis mapan dan prolifik. Cikgu Jeniri yang pernah meraih anugerah penulis paling prolifik Malaysia mendakwa bahawa rekod peribadinya dalam kelajuan menulis adalah 86 hlm/hari dan pernah menghadap komputer selama 16 jam untuk buku, namun masih tidak dapat menyaingi penulis Brazil yang menulis 196 hlm/hari.

Selain itu, Ni Kuang yang lahir pada 1935 juga penulis prolifik. Beliau telah hasilkan lebih 300 novel seni mempertahankan diri dan FS serta 400 skrip filem. Begitulah juga halnya dengan Pak Hamka yang menghasilkan 68 karya agama dan tafsir al-Quran, sejarah, dan novel. Karya motivasi Islamika beliau, Tasauf Moden cukup hebat. Pak Hamka tidak sekadar laju menulis bahkan berjaya memberikan inspirasi kepada penerima ujian dan musibah agar dapat meneruskan kehidupan dengan penuh redha dan bersangka baik kepada Allah.

dsc02190.jpg

Gambar hiasan: Ayah tak perlulah berkhalwat seorang diri ke Pulau Besar semata-mata untuk menulis. Ayah, ke pulau untuk menulis hanyalah suatu mitos!

2 thoughts on “1000 dalam 1

  1. Assalamualaikum warahmatullah,

    Saudara pernah mendengar kaedah KJ? Suatu ‘tool’ mempercepatkan hasil penulisan. Saya mempelajarinya daripada mentor saya Puan Ainon SifuPTS…Membolehkan seseorang itu menulis 4 atau 5 karya serentak…Sangat berkesan!

    Sesiapa sahaja jika diberi tunjuk ajar dengan bantuan ‘tool’ dalam penulisan pasti boleh menjadi penulis yang berjaya…Itu kata-kaa mentor saya yang sangat penyabar…

    Saya syorkan saudara juga mencubanya!

    Wasalam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s