Drama Ihsan dan insaf

TAHNIAH buat Zabidi Mohamad, Abu Hasan Murad dll dengan drama Ihsan yang cukup memberi kesan di jiwa. Ada dua mesej utama; berbuat baik kepada ibu bapa serta kebenaran nama dan sifat Allah yang Maha Pembalas. Plotnya cukup lancar sehingga Nordin diberi pembalasan yang amat menginsafkan. Pun begitu, ia tidak berakhir begitu saja. Watak majistret langsung mendapatkan ibunya lalu memohon ampun dan restu – telefon dan ziarahlah ibu bapa (apa guna dengan telefon bimbit dan kereta canggih?). Inilah antara kelainan dan keunikan dalam drama ini. Intronya pula cukup memancing dengan watak gila Nordin yang sering mengekori majistret, menyebabkan penonton enggan bergerak dan mahu menonton sehingga tamat. Bagaimanapun, iklan yang begitu banyak sering buat ‘potong stim’ sehingga rasa insaf dalam diri boleh terus cair dan luntur.

dsc02771.jpg

Gambar hiasan: Pemuzik mencari makan sewaktu lampu isyarat merah di pusat kota Bandung memberikan rasa insaf agar jangan banyak sangat beli-belah sebab ramai lagi orang yang hidup susah!

Advertisements

5 thoughts on “Drama Ihsan dan insaf

  1. salam…
    teringin nak tgk crekerama ni tp tak sempat sbb bz study,my final exam start selasa ni…wish me luck key…

  2. Slot cerekarama mmg bagus. Sekurang-kurangnya banyak mesej tersirat disebalik drama tu. Lagi baik dari slot Samarinda yg ntah apa-apa.

    Ihsan mengingatkan saya pada cerita lakonan Fauziah Nawi dan Zizan Nin. Terlupa pula tajuk drama tu tapi kisah tu pn bagus.. ada pengajaran disebaliknya.

  3. Saya tak faham mengapakah Bawang Putih Bawang Merah ditayang lagi? Benarkah ada banyak permintaan. Benarkah masy. kita gemarkan cerita penuh magis?

  4. Betulkah cerita tu ditayangkan atas permintaan ramai? Saya tak rasa macam tu.. entahlah..

    Saya lebih suka kalau tivisembilan ulang tayang Kiamat Sudah Dekat dari Mutiara Hati sebelum ni. Kebanyakan cerita indonesia ni mesti ada magik. Jalan ceritanya mesti berbelit-belit dan tak masuk akal. Tak faham kenapa ramai suka tonton..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s