Bila gusi bengkak

Pada tengah hari tadi barulah saya perasan bahawa bengkak gusi sebelah bahagian atas kiri semakin membesar. Demikian Tuhan menarik nikmat gusi sihat, gusi ceria. Saiz bonjolan bengkak seperti sebahagian kecil permukaan bola ping pong. Akibatnya, kurang sedikit bersemangat untuk makan dan bercakap. Pun begitu, perjuangan pada besok hari mesti diteruskan untuk kelas  2 jam pada sebelah pagi dan 3 jam pada sebelah malam.

Ia tentunya suatu peringatan agar cakap YES (yang elok2 saja) lantaran banyak bercakap itu punya risiko banyak ‘syilap’. Selain itu supaya beringat untuk turut bersihkan gusi, bukan sekadar gigi. Tidak dinafikan kita sering lebih hargai gigi berbanding gusi, sering lebih hargai wajah berbanding tengkorak, sering lebih hargai pokok berbanding tanah yang mendasarinya, sering lebih hargai pencapaian berbanding pengorbanan yang memungkinkan kepada pencapaian tersebut.
pru12.jpg

Usahlah jadi manusia yang lebih hargai gigi berbanding gusi, dan usahlah jadi pemimpin yang lebih hargai kerusi berbanding rakyat yang mengundi! (Kredit gambar buat Ikhwan Munir)

Advertisements

One thought on “Bila gusi bengkak

  1. saya setuju dgn en. zul…ya..usahlah jadi manusia yg lebih hargai gigi dari gusi…dan usahlah jd manusia yg lebih hargai sesuatu yg diberi oleh seseorang…tetapi hargailah usaha dan pengorbanan seseorang itu terhadap kita….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s