Kuliah Maghrib malam tadi

Haiwan dari satu sudut jauh lebih pasrah berdoa berbanding manusia.

BANYAK perkara yang hendak dikongsikan tentang kuliah maghrib malam tadi di surau kami. Ini termasuklah soal alhamdulillah para pemenang selebiti muzik yang kontra dengan amalan Islam mereka. Juga soal doa dalam sebarang majlis. Khabarnya di Johor, hanya majlis tertentu baru diizinkan doa kalau tidak, senamrobik, perlawanan bolasepak dan seumpamanya habis diborong doa. Doa minta restu majlis sebaliknya tak jaga solat dan aurat tak perlu minta restu. Ini sekali gus imbau pengalaman peribadi yang diminta ganti oleh seorang ustaz agar baca doa dalam majlis penyerahan cek lebih RM 400 ribu untuk sebuah pasukan pancaragam. Beberapa tahun selepasnya (bila dah lama kerja) saya pun cuba menolak. Tapi bukan senang!

Saya berjuang menolak tugas baca doa untuk sebuah majlis yang ada acara karaoke dan percampuran lelaki perempuan. Beberapa alasan dan alternatif logik lagi munasabah diberikan. Akhirnya bos terima juga. Tidak dapat dinafikan doa boleh dijadikan medium dakwah, pun begitu cuba bayangkan jika teks doa anda diimbas terlebih dulu. Pada suatu masa silam saya fikir pembaca doa adalah suatu penghargaan tapi kemudian terfikir ia sebagai adat semata2 malah sebagai suatu penghinaan.

 

3 thoughts on “Kuliah Maghrib malam tadi

  1. Saya sependapat dengan tuan, eh pak, eh apa ya panggilannya? he he, do’a semestinya lahir dari ketulusan hati, ia merupakan pengharapan sedalam-dalamnya seorang hamba kepada Robbnya. Apa jadinya jika doa itu direkayasa? (dibuat teksnya terlebih dahulu), di Indonesia, dalam setiap perayaan hari besar islam, selalu ada satu sesi untuk pembacaan do’a, biasanya diakhir acara, seseorang maju kedepan dan melantunkan do’a yang teks-nya telah disiapkan sebelumnya. kata-katanya terkesan dibuat-buat, ah sungguh memprihatinkan. hal semacam itu sudah seperti keharusan dalam setiap perayaan hari besar islam. Saya pernah membaca buku yang menjelaskan bahwa Rasulullah saw, tidak pernah mencontohkan do’a yang direkayasa semacam itu, bahkan berdo’a bersama-sama dengan menyebabkan tangisan bersama-sama pula itu dilarang. Tuan izul, coba tampilkan putra-putri tuan izzul di halaman muka album pribadi, saya ingin melihatnya. boleh kan?

  2. Bagaimana pula doa yang dibaca dalam bahasa Melayu/Malaysia untuk hadirin yang berbagai agama? [Ada etika baca doa di kalangan orang kerajaan. Jika hadirin pelbagai agama, baca doa dalam bahasa Melayu/Malaysia dan jika boleh perincian doa yang dituntut dalam Islam menjadi umum, iaitu berdoa bukan untuk orang Islam sahaja tetapi merangkumi semua agama]

    Adakah itu boleh dikira sebagai doa atau ucapan awalan sahaja?

  3. Berdoa dalam Melayu boleh, campur pun boleh. Namun, berdoa dengan lafaz dalam al-Quran dan as-Sunnah itu lebih utama. Bagaimanapun ada sahabat yang berdoa dalam Melayu dengan tujuan tazkirah, beri peringatan atau dengan kata lain doa untuk didengari manusia, kerana Allah. Sejak tahun 1999, Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Johor sudahpun keluarkan panduan doa untuk majlis tertentu. Panduan ini penting supaya tak perlulah sebaik sahaja doa dibaca, tarian zapin pun dipersembahkan atau lagu My Heart dikaraokekan. Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s