Sangeetha, antara novel mutakhir terbaik

DEMIKIAN mesej Dewan Sastera bulan lalu (Mac 2008). DS sekali gus mempromosi Azizi Hj. Abdullah sebagai penulis veteran yang terus prolifik (bukan mudah). Saya mengenali beliau sebagai sasterawan dan pengkritik sosial yang vokal. Sewaktu di universiti, seorang sahabat yang sedang memburu sarjana sastera berkongsi tentang karya cerpen Azizi. Pengakhiran yang rata-rata sadis. Protagonis dimatikan dengan penuh ngeri, bagai tanpa belas kasihan.

Sangeetha bagaimanapun diakhiri dengan suasana sadis tapi tidak ngeri dan kejam. Protagonisnya wanita tua India 70 hingga 80-an, penghuni rumah besar yang sepi. Tentunya Azizi membuat penyelidikan terhadap Hindu dan kebudayaan India (juga keturunan Meo dan Merbuk). Malah beliau berusaha ke Pasir Gudang semata-mata untuk memahami gambus dan pemain gambus. Barangkali juga dengan umurnya yang meningkat tua memberikan kelebihan kepada beliau untuk menulis novel darihal warga lansia (lanjut usia).

Inspirasi Sangeetha adalah berita pendek di Utusan Malaysia, 27 Jun 2004 dengan judul ‘Lelaki 93 tahun bertemu jodoh pemilik rumah sewa’. Permulaan cerita yang lambat persis gaya orang-orang tua yang umumnya lambat. Bagi Azizi, dia menulis Sangeetha kerana amanah. Justeru, beliau pernah tidak pulang bermalam di rumah semata-mata mahu siapkan novel MASTERA ini. Bagi yang sering berdoa untuk panjang umur, inilah novel yang harus dibaca.

Gambar hiasan: Takkan wujud yang muda tanpa yang tua.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s