Kisah-kisah berasaskan tiga di Pesta Buku

TIGA dewan perlu dijelajahi. Dulu hanya satu (saya masih ingat waktu outing ke Klang, pergi cabut lari ke KL semata-mata untuk ke Pesta Buku). Pada 10 tahun akan datang entah berapa buah dewan diperlukan untuk Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL). Setempoh lebih kurang enam jam di sana, masa banyak dihabiskan di dewan seberang sungai. Tiga buah buku yang dibeli ditandatangani oleh pengarangnya sendiri:
1.    Pak Samad tanda tangan di Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri. (Sempat bergambar dengan Pak Samad)
2.    Bro. Ann Wang Seng tanda tangan di Rahsia Islam di China. (Pelancaran buku beliau sungguh hebat, ada aura dakwah tersendiri)
3.    Ramli Mat Nor tanda tangan di Makan untuk Hidup – buku unik mengenai gaya hidup sihat.

Selama beberapa jam, saya dan tiga hamba Allah berikut ke sana dan ke mari bersama; sasterawan Kholid Hamzah, anak murid Fazli dan anak kandung Zaid. Kholid dan saya tentunya berbicara soal penulisan, penulisan dan penulisan, di dewan pameran, di restoran, dan malah di surau. Siapa sangka, dapat jumpa tiga kawan lama yang dijejak kasih selepas berbelas tahun;
1.    Mazwan (kawan baik di Matrik 2), kini orang besar di sebuah kilang.
2.    Abang Asri, kini orang kuat Pustaka Salam.
3.    Zinul Rijal, kini orang kuat Majlis Peguam Syarei Malaysia.

Ada tiga buah buku yang tidak berpeluang dibeli; Islamic Psychology (diterbitkan di India), novel fiksyen sains terbaru Fadli al-Akiti, dan Mukadimah oleh Ibn Khaldun. Sempat beli tiga buah komik. Dua daripadanya tentang KecemperingMan, karya Poyo. Kata saya kepada anak-anak, “semua komik ini ayah punya, bukan awak punya, faham.” Seperkara lagi yang menyeronokkan adalah dapat menghantar menuskrip buku kepada pihak penerbit. Alhamdulillah ‘siap jugak’.

Advertisements

One thought on “Kisah-kisah berasaskan tiga di Pesta Buku

  1. slm tuan zul,

    Muqadimah oleh Ibn Khuldun boleh dibeli di Kinokuniya KLCC. Novel saya boleh dibeli di Pustaka Mukmin Jln TAR (ya, sedangs edih sebab di kedia buku lain, buku itu masih belum terjual).

    Saudara Zul kenal Zainul Rijal??? Saya ada cerita nak cerita tentang dia..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s