Hati atau jantung?

TEMAN yang pakar dalam bahasa Melayu masih belum beri jawapan, bagaimana boleh timbul terjemahan hati kepada ‘heart’ atau ‘qalbun’. Kemudian apakah pula perbezaan di antara kau ‘hatiku’ dengan ‘kalbuku’ dan ‘jantung hatiku’. Persoalan demi persoalan muncul apabila terbit artikel dan video mengenai pemindahan jantung. Didapati bukan sekadar jantung yang dipindahkan bahkan perasaan dan perangai juga turut mengalami perpindahan.

Terdapat kes, penerima jantung bunuh diri dan didapati tuan jantung yang asal mati akibat bunuh diri. Ada pula kes wanita yang berperangai seperti lelaki disebabkan tuan jantung yang dipindahkan ialah lelaki. Ada pula pesakit wanita yang minatkan bir dan chicken nugget (padahal sebelum itu tak minat pun) selepas menerima jantung baru. Setelah diselidiki, tuan jantung yang asal amat menggemari bir dan chicken nugget.

Hal ini tentu sekali membingungkan dan ‘membengongkan’ semua sarjana yang sebelum ini percaya kepada peranan otak dan akal kepada tindakan dan perlakuan manusia. Aspek jantung sememangnya pernah dibicarakan oleh nabi Muhammad s.a.w. lebih 1400 tahun lampau dengan deskripsi bahawa jantung amat mempengaruhi baik buruk perangan seseorang.

Sehubungan dengan itu, masalah dari segi bahasa timbul. Nabi kata jantung, kita kata hati. Al-Ghazali dan Ibn Qayyim kata penyucian jantung, kita kata penyucian hati. Bila doktor kata, “we need to replace your heart” takkan kita perlu fahamkan sebagai doktor mahu ganti hati kita. Akhir sekali bila ke pasar, pastikan anda beli perkara yang betul sama ada hati atau jantung ayam.

4 thoughts on “Hati atau jantung?

  1. Kita orang Melayu sangat keliru antara istilah Jantung dan hati. Perkataan “jantung” dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai “heart”; manakala “hati” pula ialah liver. Kedua-dua organ dalaman ini terletak di tempat yang berlaian dan mempunyai fungsi yang berbeza. Heart atau jantung bertindak mengepam dan membersihkan darah dalam badan kita dan hati atau liver pula menyimpsn glukosa. Dalam Webster’s Dictionary heart disebut sebagai “…the seat of emotion” yakni tempat tersimpannya perasaan atau emosi. Oleh itu nyatalah perasan kita terletak di jantung – bukan hati ! Begitu jugak semua ahli psikologi dan psikiatri menganggap emosi terletak di jantung (heart). Contohnya ketika kita marah kenapa muka kita jadi merah ? Jawabnya ialah kerana darah dari jantung kita sudah di pam oleh jantung naik ke muka kerana perasaan kita terletak di jantung.. Nyatalah di sini jantung memainkan peranan mencetuskan perasaan kita – bukannya hati (liver). Tetapi anehnya kita orang Melayu menganggap perasaan itu datangnya dari hati hinggakan terlalu banyak simpulan bahasa kita yang menyatakan perasaan dikaitkan dengan “hati” misalnya sakit hati, busuk hati, tawar hati, keras hati dll. Apakah kita berpendapat perasaan itu datangnya dari hati (liver) bukan jantung (heart) ?
    Akibatnya kita telah tersalah terjemah ungkapan “sweet-heart” sebagai “buah hati” yang sepatutnya “buah jantung” kerana heart itu ialah jantung – bukan hati ! Begitu jugak istilah “broken-hearted” bukanlah “patah hati” tetapi lebih tepat lagi disebut “patah jantung” !

    Dalam Islam sendiri perkataan heart itu dirujuk kepada jantung – bukan hati. Misalnya dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “qalb” atau kalbu. Apakah yang kita maksudkan “kalbu” itu sebagi hati atau jantung ? Nabi kita Muhammad s.a.w pernah berkata, “Dalam diri manusia ada seketul daging yang jika baik daging itu akan baiklah orang itu; begitu juga sebaliknya.” Apakah maksud “seketul daging” itu hati atau jantung ? Nyatalah ulama kita kita telah menterjemahkan seketul daging itu sebagai “hati” (liver) yang sepatutnya “jantung” (heart).

    Lagi satu contoh: ketika Nabi Muhammad masih kanak-kanak, malaikat telah membelah dadanya untuk membersihkan satu organ dalamannya. Apakah yang dibersihkan oleh malaikat itu jantung atau hati ? Jika organ itu hati kenapa pulak malaikat membedah dada nabi sedangkan hati (liver) bukannya terletak di dada…….. …..Oleh itu nyatalah malaikat telah membersihkan jantung Nabi yang terletak di dada !

    Apakah sama perkataan “sakit hati” dengan “sakit jantung” ? Di sinilah letaknya kekeliruan kita !!

    Kemungkinan besar ulama nusantara terdahulu telah melakukan kesilapan di dalam penterjemahan mereka iaitu “qalb” telah diterjemahkan ke kalimah “hati” sedangkan yang sepatutnya ialah “jantung”.

  2. Ust. Rafidi. Terima kasih di atas komen panjang yang membina. Jantung adalah jantung. Hati adalah hati. Tapi apa boleh buat. Bagi saya, yang peribahasa biarlah begitu, namun bila bercakap perasaan dan dosa eloklah gunakan kalimat kalbu. Contoh: Di luar baik, kalbu mesti baik juga! Fasal ulama dulu silap terjemah, saya tak berani. Mungkin juga sebab lain, seperti faktor bahasa. Kena kaji hati itu datang daripada bahasa mana.

  3. bile baca komen mohd rafidi,saya rase semakin confuse pula…sebelum ni tak pernah terpikir pun semua tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s