Beras naik atau BN

SEBENARNYA nasi lemak kosong dah tak jual lagi. Demikian kata akak penjual nasi lemak. Menurut tekak dan lidah saya, nasi lemak paling sedap di Skudai dapat ditemui di kedainya. “Kosong, RM 1.50. Letak telur, RM 2.00,” jelasnya. Saya akur biarpun dalam hati mengeluh. Menurutnya, dia guna beras basmati. Harga sudah melambung naik. Dua hari sebelumnya, peniaga di kedai runcit yang biasa saya pergi mengesahkan bahawa beras akan naik. Mi sudahpun naik. Lepas beras naik (BN1), khabarnya buku naik (BN2). Pakar ekonomi meramalkan inflasi sekitar 3-4% dalam tahun ini. Waduh!

Gambar hiasan: Suasana PBAKL 2008, lepas ini buku naik, BN lagi.

Advertisements

3 thoughts on “Beras naik atau BN

  1. asaalamualaikum ckg…
    tapi bukankah kadar inflasi 3 hingga 4 peratus baik untuk pertumbuhan ekonomi negara…
    sekarang ini mungkin kerajaan sedang berusaha untuk menstabilkan antara pendapatan rakyat, kadar tukaran wang dengan harga barang…
    mungkin salah satu sebabnya adalah kadar tukaran wang negara sudah tidak tetap, jadi mungkin ini akan menimbulkan masalah untuk menstabilkan harga barang. hari ini mungkin harga lain, esoknya harga lain pula…

    ini adalah pendapat saya…

  2. Tarmizi. Waduh saya merujuk kepada inflasi makanan (bukan statistik yang bersifat holistik). Makanan adalah perkara asas yang dibeli, hari-hari mahu makan. Bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi ahli2 keluarga yang lain. Nah sekarang, inflasi makanan bersifat global. Inilah akibat sistem kapitalisme. TV3 sebelum ini temubual petani di Kedah. Depa kata, harga padi tak naik, harga beras melambung naik. “Pendapatan kami serupa saja, tak naik!”

  3. En Zul..
    hari ini kerajaan telah menaikkan harga padi dan memberi insentif kepada pesawah2 di seluruh negara. tadi saya tgk tv menteri berkenaan ada mengatakan bahawa setiap pesawah akan menerima secara purata RM 9 ribu sebulan. harap2 betul la..
    sekarang keadaan makin susah, indeks komposit pun jatuh. lepas ni semua akan naik harga. tapi syukurla sebab kat tempat saya ni Alor Star, harga barang masih ‘maintain’.
    Result kami dah keluar dan saya ucapkan terima kasih sebab bagi saya dapat A. hehehe
    dan sebab mengajar saya sem ini..
    ada rezeki kita jumpa lagi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s