Terbit juga akhirnya

ALHAMDULILLAH novel dewasa yang dibimbing oleh Bonda Zaharah Nawawi terbit juga akhinya. Novel yang belatar belakang negei Johor Darul Takzim ini cuba mengangkat martabat industri kerepek ubi. Sila lihat sinopsis dalam blog Ust Azman dan petikan novel di bawah. Buat masa ini, boleh dapatkannya di Dawama dengan diskaun 20%. Cepat sebelum terlewat. Selamat membaca, sebarang komen dan pandangan amat dialu-alukan. Sukacita dimaklumkan bahawa, novel ini beserta 13 novel lain akan dilancarkan di DBP KL pada 7 Jun depan oleh SN A. Samad Said.

Masa yang dinanti-nantikan pun tiba. Yusuf membuat persembahan profil syarikat dan produk selama sepuluh minit. Cukup ringkas. Cukup padat. Persembahan digital Yusuf sungguh menarik dengan gaya grafik canggih. Terbukti ilmu berkaitan teknik persembahan grafik dan teks, kemahiran memujuk dan berkomunikasi jauh lebih penting berbanding pengetahuan mengenai produk. Sesetengah pakar perunding perniagaan menyifatkan pengetahuan mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh seseorang usahawan hanyalah lima peratus daripada keseluruhan ilmu pengetahuan yang harus dikuasai kalau mahu berjaya. Hal inilah yang sering ditekankan Yusuf dalam ceramah dan bengkel kendaliannya. Bahasa Inggeris Yusuf pula baik lagi fasih biarpun tidak mengikut lenggok dan telor orang Inggeris melainkan telor Malaysia yang terselit kalimat ‘lah’ di sana sini. Akhir sekali, Yusuf pun mengangkat sebuah kotak ubi kayu yang mengandungi dua dozen paket kerepek berjisim 250 gram setiap satu.

“Ada tiga perisa kesemuanya, ‘sate’, ‘sambal tumis’ dan ‘keju’,” terang Yusuf. “Ops, sebelum terlupa. Maklumat produk unik ini boleh diakses menerusi www.krepeque.com.my.”

Setiap sampel perisa akan diedarkan kepada tiga orang wakil syarikat pemborong yang sejak tadi khusyuk mendengar penyampaian Yusuf. Termasuk Sandra, wanita berambut blonde pendek ala mendiang Lady Diana.

“Saya amat sukakan sate. Berikan saya yang berperisa sate!” Ketulusan Sandra menyempurnakan keyakinan Yusuf, merangkap jurujual Krepeque pada ketika itu.

Tanpa disangka-sangka, seekor lipas tiba-tiba keluar merangkak selamba daripada kotak tersebut! Tiga pasang kakinya merangkak lambat menuruni kotak, lalu bergerak di atas meja gerlap kayu oak. Sandra, satu-satunya wanita di situ, menjerit cemas!

Berjayakah kerepek ubi kayu keluaran Krepeque Food Industries (M) Sdn. Bhd. milik Sazali dan Yusuf itu menembusi pasaran Eropah yang dimonopoli oleh pasaran kerepek kentang? Meniti Batas, memaparkan ketabahan dan kesungguhan dua orang sahabat menguruskan perusahaan membuat makanan ringan yang berasaskan ubi kayu. Bermula dengan berniaga kecil-kecilan, akhirnya mereka mengorak langkah lebih jauh hingga ke arena global.

Selain menyentuh industri asas tani, kerepek ubi kayu, novel ini turut menyingkap konflik diri Sazali untuk berhenti kerja makan gaji demi mewarisi bisnes perusahaan kerepek bapa di samping hubungan sulit Yusuf dengan Nisya, wanita bermata bundar dari Kuala Lumpur. Seterusnya, industri yang dibina dengan penuh susah payah diwarisi pula oleh anak-anak Sazali dan Yusuf. Nilai setiakawan, berjiwa besar dan tidak mudah putus asa menjadi perisa utama novel ini agar lebih gurih dibaca.

20 thoughts on “Terbit juga akhirnya

  1. Assalamualaikum warahmatullah,

    Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas tebitnya novel sulong saudara ini…

    Alhamdulillah…

    Moga akan ada karya lagi yang bakal menyusul…dan jari tidak berhenti menulis…Amin

    Wasalam,

    PS. Saya terbaca yang saudara memenangi Haidah Esei 35 tahun USM tahun 2005. Saya pula mendapat tempat ketiga dalam Esei “Hari-hariku Bersama USM” agak-agak saya pada tahun yang sama..(Sayapun sudah tidak berapa ingat). Pelik, tidak pula perasan nama saudara ataupun mungkin saya yang tersilap…

  2. Terima kasih. Betul. Hari2 bersama USM. Saya tulis pengalaman manis sewaktu di kampus Minden. Mungkin boleh bertukar2 artikel/pengalaman. Saya tak pergi sebab jauh, tiada penyediaan tempat tinggal dsb. Banyak buku yang saya dapat (antara hadiah tempat ke-2) terutama yang ditulis oleh Prof. Dzulkifli, NC paling prolifik menulis. Khabarnya esei2 pemenang hendak diterbitkan. Tidak tahu apa nasibnya. Pertandingan menulis dan persidangan kalau tidak dibukukan, habis, hancus – sekadar dinikmati oleh 2-3 kerta manusia; panel penilai wa akhawatuha.

  3. Salam saudara zulkhair,

    Saya ni pembaca senyap.(Tadi ada nampak Prof Dzulkifli makan aiskrim di KL Sentral)..hehehe..

    Oh ya…saya nak minta tolong saudara.Ada simpan nombor telefon Bonda Zaharah Nawawi tak? Saya sudah lama tak bertanya khabar beliau. Nombor telefon sudah lupa.Emel beliau pun saya dah puas cari.Tak jumpa. Harap saudara dapat bantu.Ini email saya: adabi99@yahoo.com


  4. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
    (Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  5. Salam.
    Kabare Djul!! Tahniah. Semoga dapat diteruskan! Setuju dengan al-Kurawi. Cover yang menarik boleh mengundang minat! Apatah lagi utk novel dewasa yang serius! Mengapa DBP tidak hasilkan cover yang menarik seperti novel-novel keluaran CESB atau terbitan popular? Tidak smestinya memerlukan grafik yang sarat! Lihat sahaja Disclosure Michael Crichton, The Client John Grisham… Sometimes, I DO judge the book by its cover


  6. shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

    EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
    This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

    The full story is here: ckasih.blogspot.com

  7. TAHNIAH, SEMOGA SAUDARA BERJAYA DALAM BIDANG PENULISAN. SAYA DOAKAN KEJAYAAN ANDA! INSYA-ALLAH, NOVEL ANDA AKAN SAYA DAPATKAN DI KEDAI BUKU.

  8. Assalamualaikum wbt..
    Tahniah cikgu Zul, dan harapnya tak terlewat utk saya ucapkan selamat hari guru🙂
    Pelancaran 7 Jun ini kan, Insya-Allah saya akan dapatkan satu utk bacaan nanti

  9. Pingback: Pelancaran Meniti Batas « Idea menulis

  10. Pingback: Millenia Muslim « Idea menulis

  11. Although accounting software practically performs the
    accounting work of analyzing, recording and summarizing, it would be advantageous for start-up entrepreneurs to develop a deeper understanding of how the entire accounting cycle works through these templates.

    Performing the same tasks that can easily be handled by an online business at cheap rates doesn’t seem to make business sense either.
    Therefore, they can ensure timely completion of your accounting
    and bookkeeping tasks, even overnight when needed.

    Having retained a separate receipt for everything it is useful
    if the receipts are filed and the bookkeeping system employed updated at
    least once a month and preferably each week.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s