Pub ‘Islam’ – Segalanya halal di sini!

DATUK Azizan Ahmad, Datuk Bandar Kuantan bercadang membangunkan pub Muslim di Kuantan (rujuk NST 7 Mei 2008). Istilah ‘pub’ dikekalkan, namun lebih bercirikan ‘Islam’ sebagaimana yang buat pertama kalinya diadakan di Oldham, Manchester UK pada bulan lalu. Antara ciri pub tersebut termasuklah:
–    Tiada minuman alkohol dihidangkan kecuali air pati buah-buahan dan lain-lain.
–    Dendangan lagu-lagu Islami.
–    Tempat solat disediakan.
Di Kuantan saja, terdapat 135 kelab malam, pub ‘konvensional’ dan seumpamanya.

Komen:
–    Dari satu sudut, ia suatu proses pendidikan kepada masyarakat bahawa arak (beer, wine, whiskies dan lain-lain) itu haram. Sedangkan pada masa sekarang, masih ada yang menganggap hanya babi sebagai haram.
–    Istilah ‘Islam’ tak perlu ditonjolkan lantaran ada lagi ruang yang boleh menjadikannya haram. Sebagai contoh, bagaimana dengan percampuran lelaki-perempuang saling bukan mahram? ‘Pra-zina’ masih boleh berlaku di tempat suram dan tanpa kawalan sekalipun berada di dalam masjid!
–    Atau barangkali GRO tidak wujud sama sekali, kecuali dijemput tokoh tertentu untuk memberi tazkirah, ulasan buku atau talk show yang antara lain mengingatkan bahawa fitnah malam itu memang banyak, maka lebih baik berada di rumah daripada tidak tentu hala untuk mencari ‘ketenangan’ (rujuk hadis Nabi s.a.w.).
–    Apa signifikannya nak guna ‘pub’ (lainlah di UK, pub semacam suatu budaya). Restoran terbuka seperti restoran mamak 24 jam juga hampir sama fungsinya, lebih terbuka dan terang benderang. Bukan sekadar ada air jus, bahkan ada teh tarik lagi.

Advertisements

2 thoughts on “Pub ‘Islam’ – Segalanya halal di sini!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s