Bayangkan dunia tanpa warna

BAYANGKAN kalau dunia tanpa warna. Baju hitam putih, dinding hitam putih, kereta hitam putih, TV hitam putih, tanpa warna warni ceria. Bayangkan majlis perkahwinan anda dalam waktu cuti begini sekadar hitam putih, kelabu asap dan kelabu tahi anjing. Bosan!

Demikianlah nikmat Tuhan yang mungkin belum pernah kita fikirkan atau kita syukurkan selama ini. Dunia penuh warna warni adalah nikmat. Anugerah daripada Allah. Dunia menjadi semakin indah, semakin ceria. Disebabkan kewujudan mata dan yang terpenting adalah cahaya. Tanpa cahaya, dunia terus kelam dalam hitam putih. Cahayalah yang memungkinkan pelbagai warna. Siapa sangka dalam sejalur cahaya nampak (visible light) ada tujuh jalur warna asas, warna pelangi. Semuanya Allah jadikan namun manusia terus engkar malah menggunakan cahaya dan warna dalam menentang Allah dan Rasul-Nya.

Gambar hiasan: Suasana ceria warna warni sewaktu sambutan Maulidur-Rasul s.a.w. di Masjid Mutiara Rini, JB.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s