Pelancaran buku = buku lancar dijual dan ditulis

TUJUH Jun takkan saya lupakan. Novel sulung, Meniti Batas dilancarkan di bangunan milik penerbitnya (Lihat gambar2 terpilih di flickr saya dan ulasan Kholid Hamzah ke atas Meniti Batas). Pelancaran buku bagaimanapun harus juga difahami sebagai buku lancar dijual dan dipasarkan. Selain itu, penulis (sayalah) harus semakin lancar dan bersemangat untuk menulis dan menghasilkan buku yang semakin berkualiti. Berdasarkan majlis tersebut, ada TUJUH perkara menarik sempena majlis gemilang tersebut:

1. CARMA. Demikian ucap Pak Samad. Penulis CARMA = penulis cari makan. Beliau turut berkongsi pengalaman belajar penulis secara kendiri termasuk sanggup berbasikal sejauh 12 batu ke rumah Pak Ashraf.

2. Dipercayai inilah rekod pelancaran buku terbanyak di Malaysia, 14 buah novel kesemuanya.

3. Dipercayai juga, inilah rekod usaha sama penghasilan novel terbanyak di Malaysia; DBP-KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi).

4. KEPEZI sebagai satu-satunya kelab penulis yang mengambil sempena nama pengasas dan pembimbingnya.

5. Dapat bertemu bonda Zaharah Nawawi dan sekalian rakan2 KEPEZI. Sasterawan Zaharah membuat suatu kejutan dengan menyumbangkan RM 1800 kepada penulis Adibah Amin yang sedang uzur di JB (moga Allah beri ketabahan dan kesihatan ke atas beliau).

6. Sempat berkenalan dan berbual panjang dengan penulis Ghazali PK termasuk berbual tentang penyanggahan terhadap Teori Heisenberg dari perspektif al-Quran, juga tentang kesetabilan nombor tujuh dalam alam seperti dalam spektrum warna cahaya tampak.

7. Sempat berkenalan dan berbual panjang dengan penulis Cikgu Sidik tentang gurindam Melayu dan penerbitan kendiri.

Pak Kholid dan Rendra. Pak Ghazali PK di barisan kerusi belakang.

Pak Azman.

3 thoughts on “Pelancaran buku = buku lancar dijual dan ditulis

  1. Assalamu’alaikum. Cikgu Zul, Alhamdulillah! Syukur, terbit satu lagi buku hasil usaha yg tak mengenal penat🙂

    TAHNIAH untuk Cikgu Zul, Kak Ida dan anak-anak.

    Saya ada email untuk bincang tentang projek student final year. Bila boleh kita bincang? Minggu hadapan insya ALLAH 25/6 petang saya ada sedikit masa terluang.

    Harap dapat email saya kerana no hp dah berubah. Thanks. Kirim salam pada Kak Ida.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s