Nanobot doktor dan nanobot tentera

KADANG-kadang terfikir bahawa makanan dan minuman menjadi suatu wahana untuk menyerang Islam dan umat Islam. Kalau dadah yang dieksport dari Amerika Latin itu dipuja, barangkali makanan dimasukkan partikel nano yang boleh merosakkan orang yang memakannya selain daripada faktor tidak halal. Partikel nano itu barangkali juga terlalu bestari dan berdikari persis sebuah robot – naNanobot itu barangkali persis beca yang membawa dan memindahkan perkara2 yang berguna dan diperlukan oleh tubuh, barangkali juga persis kereta kebal yang boleh menembak dan meledakkan bom!nobot. Kalau nanobot doktor mengubat, nanobot tentera pula menyerang dan mengganyang. Berikut adalah dialog yang antara lain cuba menggambarkan keadaan yang tidak mustahil berlaku itu

“Apa yang gilanya? Bukankah nanobot doktor telah banyak selamatkan nyawa manusia?” Soal Prof. Zam merujuk kepada nanobot doktor yang bertindak membunuh virus dan bakteria penyebab penyakit di samping mampu merawat mana-mana sel yang rosak termasuk sel barah dalam tubuh manusia dan haiwan.
“Yang aku maksudkan nanobot tentera. Sebilangan daripada mereka yang menentang Kerajaan D didapati tidak dapat dibunuh oleh nanobot tentera. Bila dikaji, mereka yang tidak mati-mati itu adalah Muslim,” jelas Prof. Kubota (sebenarnya seorang Muslim) sambil membetulkan cermin matanya.
“Ajaib.” Prof. Zam berpeluk tubuh. Kakinya dibiarkan melunjur lurus ke arah Bukit Suci.
“Itulah sebabnya aku diminta kaji.”
“Apa rumusan kau setakat ini?”
“Kesan zikrullah yang diamalkan menyebabkan kandungan darah serta-merta menjadi anti nanobot tentera, macam antibodi pula. Ini termasuklah zikir biasa seperti subhanallah, alhamdulillah, la ilaha illah, dan allahu akbar.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s