Anak-anak dan era Dajjal

TAHNIAH kepada semua pihak yang cakna dengan program anak-anak. Keceriaan dan kecantikan serta keluasan biarlah memadai. Cubalah fokus kepada program pembangunan anak-anak. Sebagai contoh RM 20 ribu sekadar untuk beli khat perhiasan lebih baik digunakan untuk didik anak-anak kariah, tautkan hati mereka dengan masjid, dengan iman agar kelak jadi pengimarah masjid, anak soleh, pelajar hebat.

Masjid Taman Universiti (Tan Sri Ainuddin Wahid) terkenal dengan program anak-anak yang sistematik. Daripada futsal hinggalah kepada menghidupkan malam (qiyamullail). Dalam siri kuliah bulanan untuk anak-anak, saya terlibat dengan judul ‘Dajjal Suci, Dajjal Kecil dan Dajjal Besar’. Sungguh mencabar, lantaran majoriti anak-anak sekolah rendah.

Masjid Ungku Tun Aminah, Tampoi pula antara lain tersohor dengan kelas tahfiz hujung minggu dan waktu cuti sekolah. Alhamdulillah, sudah ada yang hafaz 30 juzuk hasil daripada program separuh masa itu. Khabarnya setiap pelajar yang hafaz 1 juzuk akan dapat saguhati RM 50, manakala kalau hafaz 30 juzuk dapatlah RM 1,500! Moga ia bukan sekadar dihafaz lalu sekadar itulah saja jadi kebanggaan orang dewasa.

Program pembangunan insan tentulah takkan serupa dengan pembangunan fizikal yang jelas berada dalam penglihatan. Namun pembangunan insan menghasilkan manusia berguna masa depan, bukan menghasilkan benda-benda jamad yang tidak mampu memimpin dan menggalas tugas khalifah.

3 thoughts on “Anak-anak dan era Dajjal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s