Bulan manis Ogos 2008

SIAPAKAH yang berasa seronok ketika orang lain berjaya? Salah seorang daripadanya adalah guru dan mentor. Cerpen berjudul ‘Kudus Pengharapan’ yang dihasilkan oleh Siti Nor Santi Mohd. Safawi, pelajar Penulisan Kreatif Sesi 2006/07 berjaya diterbitkan dalam majalah berprestij, Dewan Sastera Ogos 2008. Nor Santi kini sedang menyambung pengajian sarjana dalam bidang Teknologi Pendidikan.

Bulan Ogos turut menyaksikan pencapaian berganda bagi pelajar-pelajar Penulisan Kreatif, Pusat Kokurikulum UTM apabila  Muhammad Azrul Azam Mat Isa, pelajar semester ini berjaya menewaskan 34 peserta yang lain sekali gus menggondol hadiah wang tunai sebanyak RM 500. Azam merupakan mahasiswa tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri.

Seorang lagi pelajar Penulisan Kreatif (semester ini) yang memenangi pertandingan sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-51 ini ialah Mohd. Harmizi Abdul Rahman. Harmizi yang merupakan mahasiswa tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Arkitek mendapat tempat kedua dalam pertandingan esei tersebut.

Dari kiri, Azam, saya dan Harmizi selepas majlis penyampaian hadiah oleh Prof. Emiritus Khoo Kay Kim.

Advertisements

5 thoughts on “Bulan manis Ogos 2008

  1. cikgu, saya berjaya jadi peguam. hehehe. walaupun tak ada kena-mengena dengan bidang Fizik yang cikgu didik saya, saya harap cikgu ‘berasa seronok’ 😛

  2. Marliza. Tahniah. Semua ilmu baik yang dipelajari itu berguna, sekurang-kurangnya dalam menajamkan minda dan akal supaya mudah faham akan mesej kebenaran daripada sumber-sumber wahyu dan alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s