Makan tengah hari bersama Zawan Baba

ZAWAN Baba adalah nama samaran bagi Nazwan, jurutera marin dan penulis yang berasal dari Jitra. Beliau produk UTM dan pada minggu lepas kembali ke UTM, menziarahi kampus dan juga saya. Lebih kurang dua jam di UTM dan Taman U, kami berbual panjang mengenai dunia penulis dan penulisan. Salah satu mauduk menarik termasuklah Kerajaan Islam Siam. Terus-terang saya mengkagumi beliau, graduan kejuruteraan mekanikal yang mampu melakar kanvas dokumen dengan aksara-aksara sastera yang mengasyikkan di samping kuat membaca. Malah, saya sering serlahkan nama beliau kepada pelajar-pelajar penulisan saya daripada bidang pengajian kejuruteraan agar menjadi inspirasi. Sebelum berpisah, kami ke Penerbit UTM. Salah satu buku yang dibeli tentulah buku saya tentang Hadiah Nobel. Saya turut cadangkan sebuah buku baru mengenai perumpamaan dalam al-Quran karya Ustaz Azhar yang amat wajar dimiliki oleh semua penulis yang amat menghargai al-Quran sebagai buku terbaik.

Baca cerpen beliau mengenai perjuangan mendapatkan Pulau Batu Putih dari perspektif sejarah, undang-undang dan ilmu marin di Utusan Malaysia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s