Kayu golf vs kayu untuk rumah yang hampir roboh

KAMPUNG Skudai Kiri yang bersebelahan dengan Danga Bay antara lain terkenal dengan ruang pameran kereta-kereta mewah BMW, Honda, Hyundai dan VW. Namun, siapa sangka apa yang berada di dalamnya tidak sebagaimana yang dapat dilihat di luar. Bila air pasang besar beberapa buah rumah ditenggelami air bersama sampah sarap termasuk lampin pakai buang terpakai yang terapung buat beberapa hari sebelum tenggelam buat selama-lamanya.

Rumah seperti dalam gambar-gambar berikut tentunya perlukan perhatian dan pembelaan. Usianya menjangkau 19 tahun dan terletak tidak jauh dari kondomium mewah tersergam indah. Strukturnya semakin uzur. Akibatnya beberapa bahagian lantai melendut (bila tikar getah diselak, jelas kelihatan air laut menerusi celah lantai kayu yang agak jarang). Begitu juga dengan tingkap dan pintu, juga siling yang nampak sering lembab lantaran bumbung yang bocor di sana sini.

Monyet liar lebih sering datang ziarah berbanding pemimpin. Bagaimanapun, haiwan berekor itu hanya banyak menimbulkan masalah seperti menggugah wayar-wayar elektrik dan mencuri makanan di dapur. Pada hujung bulan ini, suatu kejohanan golf bertaraf dunia diadakan di negeri ini. Nilai beberapa batang kayu golf sudah cukup untuk membaiki dan menaiktaraf rumah yang saya maksudkan.

5 thoughts on “Kayu golf vs kayu untuk rumah yang hampir roboh

  1. Kenapa lebih banyak isu kemiskinan didedahkan oleh media berbanding oleh ahli politik yang bertanggungjawab? Kemudian mereka melenting apabila didedahkan wujud manusia miskin dalam ‘daerah’ mereka. Isteriku pernah bercerita bagaimana seorang yang sedang koma dibawa melihat jam-jam milik kawan-kawannya dalam keadaan bawah sedar. Jarum jam itu akan bergerak setiap kali kawan-kawannya berbohong dan terdapat sebuah jam jarumnya bergerak seperti kipas di siling. Bila ditanya jam itu milik siapa, jawapannya kawan kau seorang ahli politik! Itulah kerja mereka; berbohong dan terus berbohong.

  2. Cikgu Amer. Kalaulah ada yang dapat ilmu begitu, wah naya sekalian sang penipu termasuk suami yang menipu isteri dan isteri yang menipu suami. Ia juga berguna untuk kenal sang munafiq.

    Namun bila ahli politik cuba disalahkan, bagai terngiang2 di telinga saya akan ahli politik itu membantah: Ah raja juga berperanan, takkan sekadar jadi simbol? Rakyat pula takkan berdiam diri, mana pergi semangat sukarelawan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s