Kreativiti tidak serius untuk dipupuk?

DEMIKIAN antara persoalan yang muncul selepas menghadiri majlis bicara buku Hadiah Nobel dan Kreativiti Sains. Soalan tersebut merujuk kepada sistem pendidikan tanahair yang lebih berorientasikan peperiksaan (tanpa menafikan kepentingan peperiksaan).  Pelajar ‘lemah’ yang kreatif kurang diberi peluang untuk mewakili sekolah dalam projek seperti reka cipta dan inovasi, sebaliknya pelajar ‘cemerlang’ lebih diberi peluang. Di peringkat universiti, kedua-dua panel (Dr Sugeng dan Tn Hj Kassim) akur bahawa mahasiswa sukar memberi respons kepada soalan di luar daripada buku teks dan nota edaran.

Gambar 1: Dari kiri; Tn Hj Azmi (pengerusi), Sdra Azhar (ketua penulis hadiah Nobel), Tn Hj Kassim, dan Dr Sugeng (Institut Ibnu Sina UTM).

Dr Sugeng yang pernah menimba ilmu selama lebih 15 tahun di Jepun bercerita sistem pendidikan prasekolah Jepun yang amat tekankan kreativiti berbanding kemahiran 3M. Sebagai contoh, anak-anak diminta keluar ke laman mencari objek yang diminati lalu kembali kelas untuk melukiskannya. Anak beliau pernah membawa balik ke rumah dengan sebeg yang penuh berisi daun!

Pun begitu, tahap akademik universiti di Jepun amat tinggi. Pensyarah biarpun ada PhD masih tiada autoriti untuk mengajar melainkan ada PM dan Prof. Di sana pemegang ijazah PhD sekadar menjalankan tugas pembantu makmal dan juruteknik! Oleh sebab itu, ramai yang berhijrah ke luar negara termasuk AS. Bagi beliau, kemenangan 4 bangsa Jepun dalam Hadiah Nobel 2008 adalah disebabkan kreativiti sains yang tinggi  tanpa dinafikan faktor persekitaran seperti budaya ilmu dan penyelidikan serta mentor atau sifu.

Gambar 2: Sebahagian daripada peserta majlis bicara buku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s