Sesat ke PICC

dsc_1463PENGALAMAN sesat dan terlajak untuk ke PICC tidak sepatutnya berlaku. Ia boleh diselesaikan dengan papan tanda penunjuk arah yang jelas, sistematik dan mesra pengguna. Jalan yang baik perlu diringi dengan papan tanda yang juga baik (tiada salahnya untuk mengatakan bahawa papan tanda di Singapura lebih baik). Barangkali ia persis manual penggunaan sesuatu alat (termasuk Eurocopter). Manual yang tidak jelas boleh menyesatkan dan menyusahkan orang lain, malah boleh mengorbankan nyawa.

Seterusnya, barangkali al-Quran itu persis manual kehidupan, cuma manusia yang enggan membaca papan tanda dan manual al-Quran. Takkan baca al-Quran sewaktu tadarus bulan puasa saja.

dsc_1466

Advertisements

4 thoughts on “Sesat ke PICC

  1. Owh, sgt tepat sekali. Putrajaya mmg salah satu tempat yang sgt teruk panduan arahnya. Sistem lampu isyarat juga sgt tidak bagus, bukan yang ada artificial intelligent (AI) itu. Lampu isyarat di kampung saya juga telah punya lampu isyarat dgn sistem AI itu.

    Putrajaya, terlalu banyak rasuah, saya kira. Telalu jahat untuk saya beranggapan begitu. Tetapi, ini adalah hasil daripada kemarahan disebabkan sudah banyak kali sesat di situ. Owh!

  2. Assalamualaikum:
    Aku baru dua kali ke sana jadi aku tidak dapat komen. Cuma jika tanda jalannya berbau keju dan mentega, sudah pasti kita akan sesat. Mungkin yang menyediakan papan tanda itu suka membuatkan orang sesat. Jadi papan tanda itu lebih sesuai dipanggil papan sesat!
    Oph… Dewan Sastera edisi November menyiarkan resensi novel syeikh. Tahniah…

  3. Fatimah. Hmm, orang sebelah sana pun sesat barat, apa lagi orang sebelah sini – sesat bangat!

    Cikgu Amer. Bagaimana pula dengan papan tanda @ sesat yang dilindungi oleh daun dan ranting pokok? Terima kasih di atas makluman. Saya akan cuba dapatkan DS besok.

  4. Assalamualaikum :
    Jika dilindung ranting dan daun okey lagi kerana sedikit sebanyak melindungi mata kita dari terpandang papan sesat berbau keju. Bagaimana pula jika tersesat kerana terlalu banyak bahasa yang digunakan untuk menceritakan nama jalan yang hanya sejengkal panjangnya. Entah la apabila manusia sudah jadikan bahasa mereka satu isu untuk memenuhi papan sesat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s