Yayasan Inovasi Malaysia

kapten-faiz-dan-sayaSIAPA lebih kacak, lebih menawan, lebih ganteng? Majoriti yang ditanya selepas melihat gambar saya dan Kapten Faiz sekadar mendiamkan. Barangkali ‘tak sampai hati untuk menjawab’. Mana-mana pelajar yang kata saya lebih kacak, akan dapat markah lebih (maaf, ini hanya gurauan semata2). Gambar tersebut diambil sewaktu majlis NICE – Anugerah Inovasi Kebangsaan 2008 bertempat di PWTC, 6-8 November 2008. Tahniah kepada semua finalis dan pemenang termasuk pemenang kategori sekolah yang diundang ke Parlimen agar buat persembahan kepada PM tentang inovasi mereka, Smart Rostrum (mikrofon boleh turun naik secara auto mengikut ketinggian individu). Tahniah juga buat Cikgu Harris SMS Sultan Muhammad Jiwa (satu universiti suatu masa dulu), finalis Inovasi Akar Umbi beserta pelajar2-nya yang merupakan finalis Inovasi Sekolah.

Pihak kerajaan ternyata begitu prihatin dalam soal inovasi dalam kalangan rakyat. Justeru Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dilancarkan pada 10 hb lalu oleh PM. Menteri MOSTI sewaktu dalam NICE sudah uarkannya bahawa YIM mahu menggali dan menggilap inovasi dalam kalangan rakyat marhaen termasuk OKU, pelajar sekolah, suri rumah dll. Saya bersetuju dengan Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili yang melihat inovasi bukan sekadar dalam bentuk produk. Beliau kemukakan Lembaga Tabung Haji sebagai antara contoh inovasi terhebat bukan produk yang terbukti mampu menguruskan jamaah haji secara mangkus.

dsc04983

2 thoughts on “Yayasan Inovasi Malaysia

  1. Ahaha, soalan cepu emas sungguh. Well, cikgu pastinya lebih kacak semasa usia Dr. Faiz sekarang. Dr. Faiz itu umurnya belum 30 pun sekarang. Tak bermakna cikgu tidak kacak pada usia sekarang. Dan, kacak itu sungguhlah subjektif.

    Tahniah kepada pemenang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s