ASIMO di JB!

ASIMO semalam berkunjung ke JB, di UTM Skudai. Dewan Sultan Iskandar (DSI) penuh. Sesak. Budak dan bapa budak amat teruja. Masing2 tak mahu lepaskan peluang melihat dengan dekat robot humanoid tercanggih di dunia itu yang juga lambang keunggulan syarikat Honda (hmm anda barangkali akan teruja membeli kereta Honda selepas ini). Pun begitu dalam suatu temubual saya dengan seorang pakar mekatronik dan robotik UTM, beliau yakin bahawa penampilan Asimo di pentas DSI bukanlah seratus peratus autonomi – ternyata kajian selama 22 tahun dan menelan belanja bilion ringgit belum mampu menyaingi ciptaan Tuhan. Salah seorang anak saya komplen, tak diberi peluang bercakap dengan Asimo. Saya kini sedang cuba menyiasat dan ‘menyiat-nyiat’ mengenai hukum inovasi robot humanoid dan ‘haiwanoid’.

pb180066

5 thoughts on “ASIMO di JB!

  1. ia merupakan lumrah alam di mana tiada yang setanding dengan pencipta, hanya Allah sahaja yang layak sebagai inventor, walau sebanyak mana pertandingan sedemikian rupa diadakan, tapi masih kerdil di sisiNya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s