Radio IKIM.FM dan Milenia Muslim

SABTU lepas kami selamat kembali ke JB biarpun tak sempat hadir untuk terlibat dengan urusan jenazah Dato’ Ali Ahmad (moga Allah ramati dan ampuni beliau, kehilangan besar khusus buat umat di JB – hakim, guru tasawuf dan aktivis pendidikan tahfiz al-Quran; salam takziah buat ahli keluarga beliau).

Pengalaman masuk ke dalam konti Radio IKIM.FM sukar untuk dilupakan di samping berpeluang bertemu Ust Zamri, Prof Kamil (penulis Travelogue Haji & Travelogue Dakwah), Hj Ridwan (penulis Haji Muda) dan wartawan Majalah I. Insya-Allah saya dan ayahanda Ust Khair akan ke udara untuk bicara buku 501 Soal Jawab tentang Haji dan Umrah & Yang Ok dan KO dalam Ibadah Haji dan Umrah pada 4 Disember 2008. Tidak ketinggalan berpeluang bertaaruf dengan pasukan PTS Islamika. Jemput baca catatan perjalanan oleh adik saya di sini.

Pada hari berikut, berpeluang menziarahi Tn Hj Zulkafly, Editor Milenia Muslim dan juga MMP Communications. Turut berpeluang berkenalan dengan jurnalis Pn Dalia.

Akhir kalam, jemput baca ulasan buku oleh saya tentang buku Perumpamaan al-Quran karya Ust Azhar terbitan Penerbit UTM di Milenia Muslim Disember 2008.

2 thoughts on “Radio IKIM.FM dan Milenia Muslim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s