Haramnya Yoga, silat dan arak

YOGA di sini merujuk kepada pengharaman oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru2 ini (dan pernah diharamkan di Mesir). Bagi orang Islam sendiri usahlah rasa rendah diri dengan fatwa sedemikian lalu cuba pula memandang golongan ulama sebagai berpemikiran sempit, kolot dan seumpamanya.

Silat juga boleh menjadi haram apabila ada unsur jampi mentera memohon suatu selain Allah. Ini termasuklah penyatuan diri dengan jin. Hal yang sama terpakai untuk kuda kepang dan sebagainya.

Arak juga haram. Bagi orang Islam, terimalah bahawa arak itu haram sebagai ketentuan Tuhan (bukan ketentuan ulama). Usahlah rasa kolot dan hina jika rakan2 bukan Islam anda amat gemar meminumnya. Bagi kerabat di-Raja usahlah berasa selesa minum arak lantaran saban Jumaat anda didoakan!

Dalam Islam sebenarnya terlalu banyak perkara yang halal berbanding yang haram. Usahlah lihat Islam itu sikit2 haram, sikit2 tak boleh. Anda malah lebih selamat, sejahtera dan bahagia dalam Islam. Islam mengizinkan kita tidur, makan, minum, melancong, bersukan, berkahwin, berblog dan melakukan segala-galanya selagi menepati syariat yang ditetapkan Allah yang Maha Mencipta, Bijaksana, Menghidupkan, Mematikan, Pemurah, Penyayang, Pengampun dan Pembalas.

Advertisements

9 thoughts on “Haramnya Yoga, silat dan arak

  1. Orang kita melatah kerana tidak tahu asal usul sesuatu perkara. Mereka lupa atau memang tidak tahu. bantulah mereka mengetahui hal yang sebenar. Lihat dalam al-Quran. Segala-galanya ada sebab dan musabab.

    Seperti hal yoga. Media harus menerangkan dengan terperinci tentang pengharamannya. Jangan ambil yang penting-penting sahaja sehingga maklumat yang lengkap tertingal.

  2. Salam,
    Kkisah fatwa yoga ni memang menyedihkan. Lagi ahzab dan memalukan bila kita sibuk tanya/mintak pandangan orang bukan Islam – kononnya nak jaga sensitiviti.

    Helloooo!!! Sapa yang lu sembah ni beb? Betullah sekarang ni zaman dah terbalik. Pendapat Ulamak dah tak laku. Patutlah ramai orang kita yang ikut Ayah Pin, murtad, ikut ajaran sesat dll.

    MasyaAllah, moga kita dan keluarga dipelihara Allah hendaknya.

  3. apa2 pown atas diri sendiri selagi kita x laggar perintah allah .. itulah yng pling baik buat kita semua .. Allah tidak pernah menganiayai hamba2-Nya .. hamba-Nya yng selalu menganiayai diri mereka sendiri .. ^^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s