Laman web menjadi sebab turun hidayah

dsc05355INILAH kali pertama A mengambil wuduk dan dirikan solat setelah kira-kira seminggu lebih memeluk Islam (lihat gambar di atas). Tentulah canggung. Sekali gus kali pertama menjejakkan kaki di masjid, malah di masjid paling utama di negeri Johor iaitu Masjid Sultan Abu Bakar. Lucu ada. Kagum ada. Insaf pun ada. Segalanya bercampur-baur. Seusai solat, saya cuba dapatkan beberapa bahan bacaan percuma supaya A dapat tingkatkan kefahaman terhadap Islam.

Dalam gambar berikut pula adalah sebahagian pelajar dalam kelas saya setelah selesai bicara oleh Syeikh Yusuf Estes. Kandungan ceramahnya cukup sesuai bagi mengukuhkan kefahaman dan menyubur rasa cinta kepada Islam. Beliau menguruskan lebih seratus laman web Islam termasuk scienceislam.com, chatislam.com, searchforislam.com dan lain-lain. Justifikasinya, semua nama laman ini perlu direbut sebelum dieksploitasi dan disalah guna oleh musuh-musuh Islam sebagaimana answering-islam.com yang banyak menyeleweng, sesat lagi menyesatkan.

Dimaklumkan bahawa sudah ada yang memeluk Islam setelah melayari laman web kendalian Syeikh Yusuf. Masya-Allah, moga usaha ini memberi inspirasi kepada kita semua. Nah mana tahu, barangkali anda akan sanggup berkorban mengendalikan laman-laman web bahasa Melayu seperti soaljawabislam.com, sainsislam.com, sembangislam.com, agamaislam.com dan lain-lain.

dsc05273

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s