Bicara Karya Penulis Johor

justeru-impian-di-jaringANLIAN (anda + sekalian) diundang untuk menghadiri Bicara Karya Penulis Johor yang akan diadakan berdasarkan maklumat seperti berikut:

Tarikh: 20 Disember 2008 (9 pg – 1 ptg)

Tempat: Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru

Anjuran: Bhg Teori & Kritikan Sastera DBP dgn k/sama PPJ, DBP WS & PSI MBJB

Karya yang dibicarakan:

  1. Justeru Impian di Jaring oleh Zaid Akhtar
  2. Antologi Drama Walinong Sari
  3. Antologi cerpen Pengorbanan (akan dibicarakan oleh saya sendiri)

  4. Penampilan khas Khalid Saleh mengenai proses kreatif beliau.

dsc05012

Gambar hiasan: Penulis, penerbit, penjual, pustakawan, pembaca dan pengulas/pengkritik mesti bekerjasama dalam memastikan industri buku terus bertahan biarpun dalam kegawatan ekonomi sejagat kini.

Advertisements

8 thoughts on “Bicara Karya Penulis Johor

  1. Syeikh,;
    Aku rasa terlalu banyak yang telah orang bandar lalui. Tetapi bagaimana orang kampung seperti aku. Mana ada soal bicara buku, proses kreatif; apatah lagi jualan buku. Mungkin untuk kami ialah mari bicara tentang harga getah yang semakin menakutkan atau tentang sungai yang semakin parah dsedut pasirnya untuk membina bangunan orang bandar. Kontrasnya smakin jelas – beli buku? Lebih baik beli beras!

  2. Tahniah kerana berjaya mengupas antologi cerpen Pengorbanan dengan baik. Saudara Zul memiliki upaya untuk terus menyumbang idea dalam bidang kritikan sastera, khususnya di negeri Johor. Secara peribadi, apabila orang DBP bertanya kepada saya tentang gaya, penulisan, idea, dan pandangan saya tentang saudara Zul selepas program, saya menyatakan bahawa saudara Zul telah berjaya menggalas tanggungjawab dengan baik, dan sewajarnya lebih banyak ruang diberikan kepada saudara Zul selepas ini.Saya percaya bahawa saudara Zul berkeyakinan tinggi untuk memulakan suatu dimensi baharu dalam bidang kritikan sastera. Namun begitu, sedikit komen, dalam bidang kritikan sastera berlandaskan teori, suatu hal yang patut menjadi pegangan ialah teorinya, bukan pemikiran kita tentang suatu hal. Kita memberikan pandangan berdasarkan kerangka teori, dan kerangka itulah yang menjadi sempadan agar tidak melangkaui skop pembicaraan. Kita boleh menyalurkan pemikiran kita, tetapi dalam kerangka teori itu. Hal inilah yang seharusnya saudara Zul perhatikan dengan lebih mendalam. Mohon maaf, kerana saya percaya dan mengenali saudara Zul sebagai sahabat yang berfikiran sangat terbuka. Apa-apapun, seperti yang saya nyatakan di atas, dan seperti yang saya tegaskan kepada DBP, saudara Zul memiliki sentuhan yang memberangsangkan untuk pergi lebih jauh dalam bidang kritikan sastera ini. Sekali lagi, tahniah!

    Azhar Salleh
    http://witra.blogspot.com
    witra@pd.jaring.my

  3. Cikgu Amer, jangan pandang rendah kepada orang kampung! Ramai juga orang kampung rajin beli buku dan baca buku berbanding orang bandar. Mereka mungkin tak buat sesi bicara macam di bandar, namun bicara mereka antara ibu bapa dan anak atau sesama anak. Anak2 itulah kelak yang bakal menjadi ilmuwan jujur serta pemimpin adil yang tak makan suap!

    Bagaimanapun apa yang cikgu cakap itu benar. Beli makanan untuk perut itu menjadi keutamaan. Namun kalau ada duit lebih, bukankah lebih baik peruntukkan sedikit perbelanjaan membeli makanan untuk ruh dan akal?

    Salam hormat dan moga jumpa lagi.

  4. Benar Cikgu Azhar. Perbahasan ilmiah yang memilih teori tertentu harus berbahas sekitar dalam kerangkanya dan ini berlaku dalam kebanyakan disiplin ilmu, tidak terhad kepada disiplin sastera. Dalam kertas kerja tersebut, ia hanyalah subset dan sekadar menjadi kerangka kepada satu daripada 15 karya.

    Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan. Seperti yang cikgu katakan, penulis (hampir semua) sewaktu menulis langsung tidak berfikir tentang teori.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s