Buat BLOG, bukan GOBLOG

AH ini hanya judul untuk bahagian saya pada sebelah pagi, sengaja mahu sensasi dan provokasi. Program yang dilangsungkan pada 21 Disember 2008 ini sebenarnya adalah Bengkel Blog anjuran bersama Masjid Taman U dan FKE UTM. Saya hanya orang kerdil dalam program ini. Setinggi2 penghargaan patut diberikan kepada Tn Hj Kamal dan Tn Hj Abdullah sebagai tulang belakang program.

Ia merupakan program buat remaja terutama sewaktu cuti sekolah. Inilah antara model program yang boleh dianjurkan oleh mana2 masjid/karyah/taman perumahan. Ibarat kata Tn Hj Kamal, “Ingat senang hendak kumpulkan remaja dan kanak2 seramai ini (hampir 40 orang biarpun dengan yuran penyertaan serendah hanya RM 5 termasuk 3 kali makan dan mendapat perkhidmatan dua pengendali bengkel!).”

Kata Tn Hj Kamal lagi, “Di masjid, kita hanya marah budak2 main di belakang tapi pernahkah kita berusaha dekati mereka?”

Usaha Masjid Taman U selama ini ternyata berbaloi. Mereka kendalikan biacara mingguan di samping anjurkan pelbagai program lain termasuk pertandingan futsal dan sebagainya. Mereka berjaya dekatkan diri dengan remaja sehingga mendapat kepercayaan daripada para remaja untuk menyertai program yang dianjurkan. Segalanya dilakukan secara gratis, dan tahniah sekali lagi buat para sukarelawan yang mahukan generasi Y terus berjati diri Islam sehingga ke Hari Kiamat!

dsc_3375

Ada sedikit masalah teknikal. Para peserta terpaksa berkongsi berkomputer yang boleh langsung berhubung ke dunia siber.

dsc_3399

Saya bersama Tn Hj Abdullah.

dsc_3390

Moga Tuhan sempurnakan anak2 ini sebagai anak cemerlang, pelajar gemilang dan warga terbilang!

Laporan program yang sama boleh dibaca di blog Masjid Taman U.

Advertisements

4 thoughts on “Buat BLOG, bukan GOBLOG

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s