Moga sempat kusujud di Masjid al-Aqsa sebelum tibanya ajal

MALAM tadi saya iringi PM Omar untuk beri ceramah tentang tragedi di Gaza di Masjid al-Jawahir, Mutiara Rini. Fakta demi fakta, gambar demi gambar benar2 menyentuh nurani. Setiap Muslim bertanggungjawab terhadap Gaza dan seluruh wilayah Palestin. Pertama di atas rasa tanggungjawab persaudaraan Islam. Kedua (yang bezakan dengan isu kezaliman umat di Mindanao, Selatan Thailand, Kashmir dll) di atas amanah untuk bebaskan Masjid al-Aqsa – masjid ketiga paling mulia, kiblat sebelum Kaabah serta masjid Israk dan Mikraj.

Kalaulah ibu bapa, isteri dan anak2 ada di Palestin, tentunya doa terus bersenandung siang dan malam. Moga Al-Aqsa kembali menjadi milik umat, sementara kufar Zionis hancur musnah di hujung kaki mujahidin. Nah, berdosakah berbicara mengenai jihad demi keamanan sejagat?

Advertisements

8 thoughts on “Moga sempat kusujud di Masjid al-Aqsa sebelum tibanya ajal

  1. ya cikgu,

    masjid al-aqsa adalah lambang pernyatuan umat. teringat ketika menonton filem Kingdom of Heaven.
    Mengingatkan saya betapa bersungguh-sungguhnya tentera Islam mempertahankan bumi Palestin. Lalu kini, mengapa masih ada lagi yang degil dan ingkar bila bercakap tentang memboikot barangan israel dan kaum kerabatnya. Terlalu banyak alasan sedangkan kita bercakap tentang nyawa manusia.Saya antara penggemar Mc Donald. Tapi dalm keadaan yang genting seperti ini, menyumbang sesen ke arah itu umpama berinfak utnuk tentera yahudi membunuh satu nyawa tidak berdosa saudara Palestine. Moga2 Allah kuatkan iman saya untuk jihad diri ini

  2. Tahniah Riyah dengan mujahadah untuk boikot Mac D. Ada banyak lagi Mac2 yang lain (seperti Mek2 di Kelantan…). Segalanya menjadi petunjuk kepada darjah iman masing2. Dengan iman, seseorang itu sanggup bermujahadah. Dengan iman yang korup juga, seseorang itu sanggup masuk ke lubang biawak mengikut kehendak Zionis dan para penjilatnya!

  3. Sesungguhnya israel terlalu kejam. kononnya bangsa terbaik di muka bumi, namun pemikiran dan tindak tanduk seolah2 bertuhankan iblis. Sakit hati yang teramat bila terbaca tulisan2 ttg keangkuhan dan kekejaman yng melampau2. Selain boikot brgn mereka, sepotong doa agar Allah menurunkan bala tentera dari kalangan malaikatNya x pernah putus. Biar mereka dan dunia terbeliak biji mata melihat tentera iblis itu jatuh stu dmi stu. Dan ibu saya sering mengingatkan…”kiamat sudah dekat..”

  4. Widad, anda benar. Doa dan boikot adalah antara perkara yang boleh kita lakukan, malah mesti dilakukan demi persaudaran Islam dan semangat kemanusiaan di samping untuk pembebasan al-Quds. Di samping itu, tugas penulis adalah memberi peringatan kepada teman2 yang lain sebab masih ada yang salah faham beserta persepsi silap seperti ‘Hamas buat fasal, Hamas pengganas’, ‘Arab memang suka cari gaduh’, ‘Ah, bukannya tanah tumpah darah aku’ dll.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s