Buku2 yang saya baca sekarang

ADA buku lama, ada buku baru. Tidak dapat dinafikan, buku dibaca untuk tugas2 semasa. Contohnya untuk subjek ‘Islamic Psychology’ yang sedang saya uliti kini. Ada juga yang dibaca kerana bercadang mahu menjemput penulisnya untuk sesuatu program.

Bukan fiksyen:

  1. Corporatism oleh Jeffrey Grupp. Buku ini baru saja dibeli di Angsana pada Sabtu lepas. Buku yang dapat dikategorikan sebagai berasaskan teori konspirasi ini wajar dibaca dengan minda terbuka atau dengan kata lain kritis. Tesisnya cukup menarik, negara bukanlah penentu New World Order sebaliknya badan korporatlah yang jauh lebih berpengaruh sebagaimana Obama sekadar seorang presiden yang amat tertakluk kepada Kongres juga sekalian syarikat giga yang menguasai ekonomi AS dan dunia.
  2. Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam oleh Syed Naquib al-Attas. Buku ini dibaca hanya untuk satu bab yang berkaitan jiwa dan psikologi.

Fiksyen:

  1. Kumpulan cerpen Mazhab Cinta oleh WB Rendra. Buku ini termuat 25 cerpen terbaik Ren. Bahasanya sungguh puitis nan indah. Perbandingannya cukup menyegarkan. Namun, tetap menggagaskan beberapa persoalan besar yang mendasari falsafah kebenaran.
  2. Novel Orang Kota Bharu oleh S Othman Kelantan. Saya semakin kenal KB menerusi buku ini, dan semakin menghargai ketokohan SN S Othman Kelantan dalam bidang penulisan fiksyen. Saya setuju jika ia dikategorikan sebagai karya Islami, sesuai dengan gelaran Serambi Mekah buat KB.

dsc_3595

Advertisements

11 thoughts on “Buku2 yang saya baca sekarang

  1. Salam saudara Zul,
    Saya mengagumi pemikiran saudara. Saya berharap agar poin-poin atau maklumat penting yg saudara peroleh daripada bahan yg dibaca dpt dikongsi bersama-sama khalayak blog. Kita dapat berkongsi pengetahuan. Terima kasih.

  2. Cikgu Azhar, terima kasih kerana merenjiskan bicara inspirasi. Insya-Allah, kalau ingat dan berkesempatan, akan saya kongsikan sebahagiannya di wahana maya ini.

  3. salam abg hj yang dimuliakan,

    berbanyak terima kasih kerana sedang menekuni kumpulan cerpen ren. sebelum terlupa, ren cadangkan kanda masuk HSDT untuk kategori novel kanak2 untuk novel Hore Kita Menang. rasanya abg hj boleh masuk.

    ren sedang membina blog untuk mengumpulkan biodata dan blog penulis Johor sebagai dokumentasi. mohon izin abg hj, ren masukkan blog dan biodata abg hj ye. dan mohon jika ada cadangan2 lain.

    blog : penulisjohor.blogspot.com

    (minta izin abg hj, ren nk ambil gambar kulit Mazhab Cinta tu, nak masukkan dalam blog. boleh ye.he.he)

    salam hormat,
    ren.

  4. Tahniah dan terima kasih. Fasal gambar, kena belanja di warung nampak gaya. Puas saya cari dalam internet, tak jumpa. Akhirnya, saya pun ambil gambar mazhab cinta yang belum dapat kelulusan mufti itu 😉

  5. salam abg hj.
    suka ye mengusik ren.
    abg hj. pergi ke bengkel di melaka tak jumahat ni?
    harap abg hj pergi. kawan2 kita yg lain ada juga yang pergi.

  6. Ren, saya insya-Allah pergi dan sebilik dengan Kholid.

    Riyah, membaca tak semesti dari baris ke baris. Ikut keperluan dan hajat. Buat masa ini, dalam sehari saja berpuluh2 buku diterbitkan di seluruh dunia (maaf, tiada data statistik pula).

  7. Saya pun suka novel-novel Allahyarham Pak Othman. Tapi sekarang semacam tiada masa untuk baca buku-buku yang tebal. Aduhhh…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s