Erdogan dan bunyikan semboyan ‘alamiah’

ANDA barangkali sudah banyak mendengar atau membaca analisis mengenai keberanian Perdana Menteri Turki, Erdogan mengkritik Perez secara terbuka dalam sebuah persidangan ekonomi antarabangsa. Di sini saya berminat untuk melihatnya dari perspektif alamiah, kesejagatan Islam dan kesejagatan semangat persaudaraan seakidah.

  1. Erdogan ternyata lebih berani dan lantang berbanding pemimpin Arab lain sementara Palestin itu termasuk dalam wilayah Arab dan hampir semua penduduk Palestin berbangsa Arab. Barangkali timbul pendapat yang melihat bahawa Israel dengan bantuan Britain telah merampas Palestin daripada penguasaan Turki atau lebih tepat Kerajaan Uthmaniah berpusat di Istanbul manakala Palestin sudahpun berada di bawah pentadbiran Uthmaniah seawal tahun 1450-an dan dalam tempoh tersebut, Mekah dan Madinah turut berada di bawah pentadbiran Uthmaniah. Justeru, Erdogan yang mewakili rakyat Turki berasa geram dan dendam terhadap kebiadaban Zionis dan Israel. Namun, saya tidak dapat menerima akan selaran yang berpaksikan dendam kesumat ini.
  2. Erdogan sebaliknya mengkritik Perez di atas dasar keangkuhan dan kezaliman pihak Israel terhadap penduduk Palestin. Beliau mewakili bangsa Turki bersimpati kepada umat Islam Palestin biarpun sejarah tidak pernah berbohong bahawa pada suatu masa dulu, sebahagian Arab Palestin sebelum ini pernah menjadi ahli kumpulan pemberontak yang memusuhi bangsa Turki malah pernah menumpahkan darah Turki terutama sewaktu dan sebelum Perang Dunia Pertama.

Bagi saya, Erdogan telah bunyikan semboyan alamiah agar diterima dan ditalakan lagi oleh umat di seluruh dunia. Tidak ada Barat, tidak ada Timur, semuanya di bawah satu kesatuan sebenar iaitu kesatuan Islam. Bukankah perkara ini yang diberi perhatian oleh Salahuddin al-Ayyubi dalam pelan strategi untuk menguasai kembali al-Quds dan Palestin sebelum ini? Itulah kesatuan dan persaudaraan Islam yang berteraskan kekuatan iman kepada Allah dan rasul-Nya.

Advertisements

4 thoughts on “Erdogan dan bunyikan semboyan ‘alamiah’

  1. sekarang nie kita tunggu & lihat kebijaksanaan org2 iran pulak…ahmadinejad kebanggaan org Islam yang berani menentang US terang-terangan tapi rasanya rakyat iran tak berapa gemar dengan pemimpin berkaliber yang sorang nie…

  2. Saya tak terlalu harapkan Iran dalam isu Palestin. Fasal Ahmadinejad, Ali Khatami nampaknya bersedia untuk mencabar bagi kerusi Presiden. Sementara bercakap tentang Iran, seorang pelajar Iran di UTM berkongsi maklumat; terlalu sukar nak kahwin di Iran, jika bakal isteri dpd keluarga yang sederhana, perlu ada sekurang-kurangnya RM 150k! Justeru umur mula kahwin di Iran semakin meningkat, sekitar awal 40-an.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s